Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jika Kerajaan Boleh Lulus RUU Lompat Parti, Mengapa Tidak Isu Kewarganegaraan?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan wujud unsur ketidakadilan dalam pemberian status kerakyatan kepada pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck kerana ia tidak memenuhi syarat ditetapkan.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, berdasarkan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, pemohon mesti tinggal dalam negara untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum permohonan dikemukakan.

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal
Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal

Namun menurut beliau, Lee Tuck yang juga pemain kelahiran Huddersfield, England hanya menetap di negara ini selama lima tahun.

“Saya fikir dia baharu saja lima tahun di sini. Pada saya memang tidak adil. Dia bukan warganegara dan diberi kerakyatan kerana peraturan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

“Pada masa sama, wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dan melahirkan anak di luar negara, dinafikan hak tersebut,” katanya kepada Getaran.

Susulan itu, Noor Aziah yang juga Pakar Undang-Undang (Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menggesa kerajaan supaya menyelesaikan isu kerakyatan kanak-kanak yang lahir di luar negara secara holisitik dan tidak bersifat pilih kasih.

Katanya, pindaan perlembagaan bagi memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak lahir luar negara melalui ibu rakyat Malaysia juga perlu disegerakan.

“Jika tidak dipinda segera, ramai kanak-kanak yang lahir di luar negara dari ibu warganegara tidak dapat menjadi rakyat Malaysia. Pelaksanaan ini secara jelas mendiskriminasi wanita!

“Sekiranya kerajaan boleh meluluskan pindaan Perlembagaan isu lompat parti, kenapa tidak isu ini. Malahan Majlis Bandaraya Daerah masing-masing bersetuju satu jawatankuasa khas ditubuhkan. Di mana jawatankuasa tersebut?” soalnya, kesal.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan berkata, perbuatan membiarkan ribuan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan adalah tidak adil dan tidak beretika.

Wan Azliana Wan Adnan
Wan Azliana Wan Adnan

“Sebenarnya, keistimewaan dianugerahkan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada segelintir individu yang dengan mudah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia, adalah satu perkara tidak masuk akal.

“Soal kewarganegaraan bukanlah sesuatu yang boleh dianugerahkan dengan begitu sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Wan Azliana turut menyokong agar Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial (PSCC) memfailkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian pindaan Perlembagaan bagi memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang lahir luar negara melalui ibu dari Malaysia.

Katanya, pindaan kecil kepada Perlembagaan itu perlu dikemukakan dan disokong Ahli Parlimen bagi membolehkan kedua-dua bapa dan ibu memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa peruntukan Perlembagaan untuk kewarganegaraan yang diperoleh daripada bapa warganegara Malaysia perlu merangkumi ibu atau ibu bapa.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos.

Dalam keputusan majoriti, mahkamah memutuskan bahawa peruntukan perlembagaan merujuk kepada bapa kandung dan tidak boleh ditafsirkan untuk memasukkan ibu atau ibu bapa.

Hakim berkata, ia terpulang kepada Parlimen, bukan mahkamah, untuk menulis semula perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, banyak langkah diperlukan dalam proses untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan memberikan kerakyatan automatik kepada anak-anak wanita Malaysia yang dilahirkan di luar negara.

Menurutnya, perkara itu tidak semudah yang didakwa ramai pihak,  kerana ia bukan hanya melibatkan soal meminda satu perkataan (bapa) semata-mata. - Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 minit yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun