Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan MARA Dinaikkan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2022 11:50AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata kadar baharu ESH bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.

Bagi pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.

“ESH pelajar sedia ada dan baharu yang mengikuti pengajian dalam negara diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kos dan inflasi serta keperluan pelajar.

“Kenaikan ESH  kepada pelajar tajaan MARA ini bakal melibatkan seramai 62,998 orang,” katanya ketika berucap pada program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia yang dihadiri hampir 3,000 pelajar tajaan MARA secara fizikal dan ribuan lagi pelajar yang mengikutinya secara dalam talian.

Ismail Sabri berkata ketika ini terdapat seramai 4,149 pelajar tajaan MARA yang sedang mengikuti pengajian di luar negara, dan daripada jumlah itu, seramai 1,049 pelajar sedang mengikuti pengajian di 24 universiti dalam senarai 50 universiti terbaik dunia.

Seramai 58,849 pelajar tajaan MARA pula sedang mengikuti pengajian dalam negara di universiti awam atau institusi pendidikan swasta terpilih daripada kedudukan atau ranking 4 hingga 6 Star SETARA iaitu Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 

Menyingkap keputusan menaikkan kadar ESH, Ismail Sabri berkata ESH yang disediakan MARA digunakan pelajar bagi menampung perbelanjaan harian meliputi kos makan minum, sewaan kediaman, pengangkutan dan keperluan harian semasa pengajian.

Beliau berkata kadar elaun sedia ada telah diguna pakai sejak lebih 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula berikutan peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, pandemik dan isu lain yang melanda dunia.

“Ini memberi kesan kepada kos sara hidup pelajar di dalam dan luar negara sehingga mereka terpaksa merancang perbelanjaan dengan baik bagi memastikan pembelajaran serta tugasan akademik tidak terjejas,” katanya.

Berdasarkan tinjauan JPA-MARA 'Special Operation' pada Februari lepas dengan menumpukan kepada kehidupan di kota utama seperti London, Bristol dan Edinburgh, Ismail Sabri berkata lebih 60 peratus pelajar tajaan MARA dan JPA yang majoritinya golongan B40 didapati terbeban dengan perbelanjaan harian.

“Sebagai contoh, purata perbelanjaan sebulan untuk bayaran sewa rumah dan bil utiliti di kota-kota utama berjumlah sekitar £500 atau RM2,733 hingga £730  atau RM3,990 iaitu perbelanjaan antara 60 hingga 70 peratus daripada elaun yang diterima setiap pelajar,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, elaun sara hidup pelajar MARA dan JPA seperti di London ialah sebanyak £1,045 atau RM5,712, jauh lebih rendah berbanding median saranan kerajaan UK iaitu sebanyak £1,312 atau RM7,172 setakat September 2021.

“Para pelajar terpaksa mengamalkan perbelanjaan berhemah melalui pemotongan bajet dengan cara mengikat perut, mendapatkan tempat tinggal yang jauh sedikit daripada universiti selain bekerja sambilan di luar waktu kelas bagi menampung keperluan harian. 

“Kerajaan tidak akan biarkan rakyat khususnya pelajar mengikat perut sewaktu belajar,” katanya kenaikan ESH adalah wajar dan bertepatan bagi membantu meringankan beban pelajar Keluarga Malaysia berikutan peningkatan perbelanjaan sara hidup yang dihadapi. - Bernama

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Politik 11 jam yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak