web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratu Elizabeth II Mangkat: PM Zahir Takziah, Sifatkan Baginda Pemerintah Berdedikasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 3:32PM

Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat, kerajaan dan rakyat United Kingdom (UK) di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Beliau berkata, Ratu Elizabeth II yang juga pemerintah paling lama dalam sejarah dunia terkenal dengan sifat dedikasi dalam menjaga kebajikan rakyatnya.

“Mewakili seluruh Keluarga Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada seluruh kerabat Diraja baginda, kerajaan dan rakyat UK di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

“Jasa baginda mengekalkan hubungan baik UK dan negara seluruh dunia, termasuk Malaysia sentiasa diingati dan dihargai. Saya berharap keluarga Diraja baginda dan rakyat terus tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, memaklumkan kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga monarki Britain.

Beliau turut merakamkan ucapan sama kepada seluruh kerajaan dan rakyat UK susulan kemangkatan baginda.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain, rakyat dan kerajaan UK atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

“Baginda ialah tokoh ulung dan sangat berdedikasi sepanjang pemerintahan baginda kepada rakyat UK dan Komanwel,” katanya.

Terdahulu, Istana Buckingham menerusi kenyataan ringkas memaklumkan kemangkatan baginda pada usia 96 tahun dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari.

Malah, seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan sepanjang pemerintahan baginda.

Dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II, putera sulung baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja Charles III. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar