web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Premis Di Johor Dibenar Tentukan Pemakaian Pelitup Muka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 12:34PM

Pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau pun boleh memilih untuk memakai pelitup muka, namun orang ramai amat digalakkan memakainya. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemilik premis dalam bangunan di negeri ini dibenarkan untuk menentukan protokol pemakaian pelitup muka di premis mereka. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon bagaimanapun berkata kerajaan negeri amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadah. 

Beliau juga berkata individu yang bergejala, berisiko tinggi dan imuniti rendah serta ibu mengandung turut digalakkan untuk terus memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan jangkitan itu. 

 Ling Tian Soon - Gambar Bernama
Ling Tian Soon - Gambar Bernama

"Kerajaan negeri akan terus membantu Kementerian Kesihatan dalam memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat. 

"Bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka ataupun boleh memilih untuk memakai pelitup muka, namun orang ramai amat digalakkan memakai kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan, " katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ling berkata kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah pencegahan telah membantu menyumbang kepada penurunan kes COVID-19 serta menstabilkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan kadar kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) yang rendah. 

Beliau berkata kadar penggunaan Katil Bukan Kritikal COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 21.6 peratus dengan 117 pesakit, manakala hanya tiga peratus dengan enam pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator), setakat Rabu lepas. 

"Selain itu, sebanyak 32 peratus bagi kadar penggunaan katil ICU dengan tujuh pesakit, " tambahnya yang turut memaklumkan kerajaan negeri menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan berkenaan penetapan pemakaian pelitup muka itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek