web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Dipenjara, Rakyat Malaysia Rasuah Tentera Laut AS Berjaya Larikan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 3:08PM

Leonard Glenn Francis (tengah) melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego dan dipercayai sudah berada di Mexico. - Gambar dari Tentera Laut AS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang berhadapan hukuman penjara kerana merasuah pegawai tentera laut Amerika Syarikat (AS) sebagai habuan mendapatkan kontrak bekalan didapati telah melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego.

Memetik laporan media AS, suspek dikenali sebagai Leonard Glenn Francis yang berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah berada di Mexico.

Dia sebelum ini mengaku bersalah terlibat dalam skandal rasuah yang disifatkan terburuk bagi tentera laut AS, dan dilaporkan melarikan diri hanya tiga minggu sebelum menjalani hukuman penjara.

Suspek difahamkan menjalani hukuman tahanan rumah kerana mengalami masalah kesihatan.

Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo dipetik sebagai berkata, Francis memotong gelang buku lali pemantau GPS pada Ahad lalu.

Tambahnya, polis tempatan menemui gelang terbabit ketika mahu melakukan pemeriksaan rutin terhadap Francis selepas dihubungi oleh agensi persekutuan yang memantaunya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Polis San Diego mendapati rumah tersebut tidak lagi berpenghuni.

Susulan itu, pejabat Marsyal AS mengaktifkan Pasukan Petugas Pelarian Serantau San Diego untuk memulakan pemburuan berprofil tinggi terhadap lelaki tersebut.

Francis yang juga dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ mengaku bersalah mendalangi penipuan yang rumit untuk memperdaya tentera laut AS, dengan mengenakan bayaran berlebihan terhadap bekalan pelbagai peralatan kapal perang armada frigat kepada kapal pengangkut yang berlabuh di Singapura.

Dia dijadual dijatuhkan hukuman dalam masa tiga minggu.

Media San Diego, Union Tribune melaporkan, tiga daripada anak Francis tinggal bersamanya namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka masih bersamanya pada Ahad tersebut.

Peguam bela suspek, Devin Burstein, enggan mengulas apabila dihubungi oleh media tersebut semalam.

Francis bukan saja membekalkan keperluan seperti minyak dan makanan malah dia turut mengatur pelacur untuk pegawai tertinggi tentera laut AS dalam kes yang amat memalukan AS itu.

Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut (NCIS) yang mengendalikan kes tersebut turut membantu dalam usaha menjejaki lelaki terbabit.

Castillo berkata, jiran suspek memberitahu melihat trak pemindahan keluar masuk dari rumah Francis beberapa hari sebelum dia melarikan diri.

“Dia sudah merancang plot ini, itu yang pasti,” katanya.

Francis ditahan di San Diego pada 2013 dan mengaku bersalah pada 2015 kerana merasuah beberapa pegawai tentera laut berpangkat tinggi dan menipu tentera laut AS membabitkan AS$35 juta (RM147 juta).

Ketika menjalani tahanan di rumah, Francis menjadi saksi yang bekerjasama dengan pihak pendakwaan untuk mengheret beberapa individu lain terlibat, termasuk pegawai tentera laut.

Pendakwa raya persekutuan AS dilaporkan sudah memfailkan tuduhan jenayah terhadap 33 individu yang berkaitan dengan Fat Leonard.

Skandal tersebut berlaku selepas Francis dijemput ke sambutan perayaan 4 Julai yang diadakan oleh Kedutaan AS di Malaysia, sebelum dia berkenalan dengan pegawai tentera laut dan atase. – The Vibes, 6 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad