web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Status Najib Sebagai MP Pekan Kekal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 1:17PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal selepas bekas Perdana Menteri tersebut memfailkan petisyen pengampunan Jumaat lalu.

Mengesahkan perkara itu, Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan terlucut sekiranya petisyen pengampunan tersebut ditolak.

Beliau berkata, berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang setahun atau denda sebanyak tidak kurang dari RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Azhar Azizan Harun - Gambar fail
Azhar Azizan Harun - Gambar fail

Tambahnya, Perkara 48(1)(e) adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 48(4) dan Perkara 53(2), namun Perkara 48(4)(c) memperuntukan bahawa sekiranya satu petisyen pengampunan difailkan oleh Ahli Parlimen terbabit dalam masa 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakannya akan berkuatkuasa sebaik petisyen ditolak.

“Oleh yang demikian, memandangkan pestiyen pemgampunan telah difailkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September (Jumaat), iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan bermula sebaik saja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya ditolak).

“Ini bermakna status Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya hari ini.

Azhar berkata, beliau menerima tiga salinan dokumen berhubung status Najib, antara lain salinan permohonan pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembangaan Persekutuan terhadap Ahli Parlimen Pekan tersebut bertarikh 1 September.

“Saya turut menerima salinan daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 1 September iaitu lampiran permohonan pengampunan tersebut yang disahkan diterima oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2 September.

“Terakhir, adalah salinan Perintah Jenayah termeterai masing-masing bagi kes rayuan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan bertarikh 23 Ogos,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan dokumen Perintah Jenayah tersebut, beliau mengambil maklum bahawa rayuan jenayah Najibtelah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu sekali gus mengekalkan perintah sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Susulan keputusan, Najib diperintah menjalani hukumannya serta merta. – Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi