web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Pelajar Didakwa Sebabkan Kecederaan Parah Terhadap Junior

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 11:54AM

Kesemua pelajar lelaki berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara serentak di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Sembilan pelajar dari sebuah sekolah asrama yang ditahan berhubung kes buli, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pelajar junior pada Jun lepas.

Kesemua pelajar lelaki berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara serentak di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Mereka didakwa secara bersama menyebabkan kecederaan parah ke atas pelajar lelaki berusia 14 tahun di bilik asrama sebuah sekolah menengah di Jalan Changkat Jong di sini pada kira-kira 12.30 tengah malam, 23 Jun lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azalea Sharmeen Zaizan manakala kesemua remaja berkenaan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan S. Francis.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 5 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 23 Jun lepas, polis menahan 10 pelajar senior kepada mangsa selepas menerima laporan berhubung kes itu pada hari yang sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan