web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bung Moktar Nafi Sakit, Dirawat Di Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 9:59AM

Bung Moktar Radin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan laporan bahawa kini beliau sedang sakit dan dirawat di hospital seperti gambar yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu telah mengesahkan sendiri mengenai keadaan kesihatannya menerusi kenyataan dengan memberitahu beliau sihat dan kini berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.

"Kepada semua rakan-rakan dan juga musuh-musuh politik, jangan bimbang saya kekal di posisi yang tenang  dan masih sihat dalam perlindungan Allah," katanya.

Menurut Bung Moktar beliau akan bersama rakyat dan penyokong BN di Kota Belud pada 10 Okt 2022 untuk melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kota Belud dan Tuaran.

Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi berkata sejak semalam beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp daripada beberapa pemimpin dan rakan-rakan bertanyakan khabar Bung Moktar.

Katanya ini berikutan tular sekeping  gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp, Bung Moktar terbaring di atas katil sambil diziarahi Setiausaha Agung BN Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin.

"Gambar tersebut merupakan gambar lama sekitar tahun 2015 atau 2016 ketika beliau balik daripada menjalani rawatan buah pinggang di China yang sengaja disebarkan dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi Bung Moktar, hentikan perbuatan menyebar berita palsu ini," tegasnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad