web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Wanita Disyaki Abai Anak Autisme

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 7:36AM

Mangsa menerima lima jahitan di kepala dan tangan kanan serta mengalami retak pada bahagian muka dan tangannya - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mengabaikan anaknya selepas remaja lelaki autisme berumur 13 tahun itu cedera apabila terjatuh dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Taman Melawati di sini pada Jumaat.

Susulan kejadian itu, mangsa menerima lima jahitan di kepala dan tangan kanan serta mengalami retak pada bahagian muka dan tangannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita tempatan berusia 43 tahun itu telah bertindak meninggalkan mangsa sendirian pada 9.15 malam Jumaat lepas untuk membawa anak perempuannya yang berumur lima tahun ke kelas latihan renang dan bermalam di sebuah hotel di Damansara.

“Mangsa telah terjun dari tingkat satu dan terjatuh di atas sebuah kereta dan kini menerima rawatan di Hospital Ampang di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata hukuman bagi Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntuk denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang esok bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad