web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPWKM Pantau Lebih 106,000 Alamat IP Kongsi Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 8:48PM

Rina Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 106,764 alamat protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di Internet, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina berkata jumlah tersebut direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas.

“Angka amat membimbangkan dan kempen ini kami jalankan untuk beri kefahaman juga kepada kanak-kanak.

“KPWKM melihat trend ini sebagai perkembangan tidak sihat terutamanya melibatkan golongan vulnerable memandangkan pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada ketagihan seks yang akhirnya boleh membawa kepada perlakuan seksual yang lain,” katanya.

Rina berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini.

Bagi mengekang perkara itu, beliau berkata KPWKM melaksanakan kempen itu sebagai satu daripada inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak, ibu bapa serta komuniti untuk berhadapan dengan cabaran jenayah siber pada masa kini.

Katanya, terdapat lima objektif utama pelaksanaan kempen itu antaranya meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap penggunaan media sosial secara bijak dan selamat, memberi pendedahan tentang bahaya media sosial yang tidak dikawal serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Berkongsi statistik kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak, Rina berkata sejak Januari hingga Jun lepas, PDRM menerima 47 kes rogol berkumpulan, 95 kes (seks luar tabii), 127 kes (sumbang mahram), 438 kes (cabul) dan 641 kes melibatkan jenayah rogol.

Beliau berkata KPWKM melaksanakan pelbagai usaha antaranya menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-Kanak di media sosial pada 15 Jun 2021, memperkasakan perkhidmatan kaunseling di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah serta memperkasakan peranan komuniti dengan melantik 299 Pembantu Pelindung di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, KPWKM juga akan menganjurkan Persidangan Kanak-Kanak kali pertama selama dua hari mulai esok, yang akan dihadiri Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) dari seluruh negara bagi mewakil suara kanak-kanak di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad