web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hentikan Tekanan, Gangguan Terhadap Rafizi - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 4:55PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani digesa menghentikan segera segala bentuk tekanan dan gangguan terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Acryl Sani - Gambar fail Bernama
Acryl Sani - Gambar fail Bernama

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan pihak polis termasuk merampas telefon bimbit milik Rafizi untuk tujuan siasatan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) juga disifatkan sebagai agak keterlaluan.

“Langkah ini ternyata suatu intimidasi terhadap beliau dalam menentang gejala rasuah di negara ini seperti yang pernah berlaku kepada anak-anak muda dan mahasiswa dalam Himpunan Turun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

 

Kenyataan Media 4 September 2022 Saya menggesa Ketua Polis Negara untuk segera menghentikan segala bentuk tekanan dan...

Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, September 3, 2022

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, pihak polis harus berlaku adil dalam hal tersebut termasuk menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad kerana laporan polis terhadap beliau turut dibuat baru-baru ini.

“Harus diingat amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan sebaliknya (pihak berkuasa) perlu benar-benar telus menjalankan siasatan tanpa mengenakan sebarang tekanan,” katanya.

Petang semalam, Rafizi telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Beliau dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya mengenai projek LCS membabitkan Abdul Latiff.

“Telefon bimbit saya dirampas pihak bagi membantu siasatan dan ini merupakan telefon bimbit yang kelima dirampas polis sejak tahun 2009,” katanya. - Getaran, 4 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar