Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majlis Peguam Bertukar Jadi Badan Politik - Zaid Ibrahim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 2:31PM

Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim membidas kembali Majlis Peguam berhubung kritikan yang dilemparkan terhadapnya semasa beliau mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir mantan Perdana Menteri itu berkaitan kes penyelewengan SRC International.

Zaid, antara peguam Najib semasa pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan itu berkata, majlis tersebut telah menjadi alat yang  "dipolitikkan", walaupun ia sepatutnya berkhidmat sebagai badan profesional.

Zaid yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau pernah menjadi setiausaha di majlis tersebut selama bertahun-tahun, dan menganggapnya sebagai organisasi yang "amat berguna" untuk pengamal undang-undang pada masa itu.

Zaid telah membidas Majlis Peguam atas dakwaan pilih kasih dalam mempertahankan sistem kehakiman dan perundangan
Zaid telah membidas Majlis Peguam atas dakwaan pilih kasih dalam mempertahankan sistem kehakiman dan perundangan

“Saya telah melakukan tugas saya. Tetapi apabila badan itu sendiri mempersoalkan integriti dan motif saya tanpa bertanya kepada saya, memeriksa motif dan kewajaran saya mempertahankan Datuk Seri Najib, saya berasa amat sedih.

"Begitulah bagaimana majlis tersebut dipolitikkan.

“Saya fikir keutamaan pertama badan profesional ialah mempertahankan ahlinya, sekurang-kurangnya tanya saya, ‘Kenapa awak buat (pertahankan Najib)?’

“Tetapi tidak, mereka lebih suka membuat kenyataan terlebih dahulu, menganggap motif yang tidak wajar di pihak saya. Keutamaan kamu hendaklah (mempertahankan) kepentingan ahli kamu,” katanya semasa wawancara podcast The Vibes The Good, The Bad and the Ugly di sini baru-baru ini.

Semasa perbicaraan rayuan akhir pada akhir Ogos lalu, Pengerusi Majlis Peguam Karen Cheah dalam kenyataannya mendakwa, pasukan peguam Najib, termasuk Zaid, telah menyalahgunakan proses kehakiman dan mencemarkan nama baik sistem keadilan kerana melakukan banyak percubaan untuk menangguhkan prosiding.

Pada 29 Ogos, Zaid dan dua rakannya mengeluarkan surat tuntutan kepada Cheah, memohonnya menarik semula dakwaan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan "berniat jahat" terhadap tingkah laku pasukan pembelaan Najib.

Zaid juga membidas Majlis Peguam atas dakwaan pilih kasih dalam mempertahankan sistem kehakiman dan perundangan.

“Apabila Ketua Hakim Negara Tun (Mohamed) Raus Sharif diminta keluar oleh (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), apabila Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudi diminta keluar, apa kata mereka (Majlis Peguam)? Tiada apa.

“Apabila (mantan peguam negara Tan Sri) Tommy Thomas mendedahkan dalam bukunya tentang (Dr) Mahathir mempromosikan (Tun) Tengku Maimun (Tuan Mat), apa yang mereka kata? Tiada apa.

“Ketika kamu mula membuat pertimbangan apabila kamu (sebenarnya) badan profesional, maka saya berasa kasihan dengan profesion itu,” katanya.

Zaid turut menyentuh mengenai kemerosotan sikap amanah institusi undang-undang negara itu akibat campur tangan politik
Zaid turut menyentuh mengenai kemerosotan sikap amanah institusi undang-undang negara itu akibat campur tangan politik

Semasa sesi podcast itu, Zaid menyentuh beberapa pembaharuan undang-undang yang diperjuangkannya semasa menjadi menteri, termasuklah langkah untuk menyediakan restitusi bagi mantan Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas dan hakim lain pada 2008, 20 tahun selepas mereka dipecat ketika krisis Perlembagaan 1988. 

Zaid turut menyentuh mengenai kemerosotan sikap amanah institusi undang-undang negara itu akibat campur tangan politik.

 

Sudah tiba masa untuk campur tangan diraja?

Ditanya sama ada raja-raja di negara ini boleh membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi tersebut, Zahid bersetuju mengenai perkara itu.

“Saya rasa mereka (pemerintah) terpaksa (campur tangan). Apabila parti politik tidak lagi masuk akal kepada rakyat, apabila institusi sudah ‘berpecah’ dalam erti kata itu, kerajaan secara keseluruhannya menjadi compang-camping.

“Saya rasa Raja-Raja Melayu patut campur tangan untuk menasihati apa yang perlu dilakukan. Saya tidak mencadangkan mereka terlibat dalam politik.

“Tetapi mereka tidak boleh menutup mata terhadap isu yang sedang dihadapi negara. Mereka perlu tampil memberi nasihat dan cadangan.

“Kita bukan demokrasi yang matang, kita sedang membangun menjadi satu. Jika monarki tidak memainkan peranannya, kita mungkin tidak akan sampai ke sana.

“Rakyat menghormati monarki dan marilah kita mengekalkannya. Biarkan mereka memainkan peranan yang aktif,” katanya. – The Vibes, 4 September 2022

Dengar episod penuh The Good, The Bad and The Ugly – Ep 14

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled