web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masa Najib PM, UMNO Pernah Tetapkan Calon Mesti Bebas Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 7:41PM

Annuar bersama Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Majlis Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia di UiTM Shah Alam, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO pernah membuat ketetapan untuk ‘menghukum’ pemimpin parti itu yang didakwa di mahkamah.  

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan pimpinan tertinggi partinya ketika Datuk Seri Najib dipilih sebagai Presiden UMNO dan baharu dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

“Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tak pernah buat keputusan itu kecuali tahun 2009, MT ada buat keputusan sewaktu Najib baru mengambil alih (menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO), ada satu ketetapan dibuat kalau ada (pemimpin) di dakwa di mahkamah, kena digantung daripada jawatan masing-masing.

“Namun, ketika ini MT UMNO tidak kuatkuasakan perkara berikut. Saya sebagai anggota akan mematuhi parti. Hal dasar ini diputuskan oleh MT dan PAU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Perasmian Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Dewan Ulama PAS mencadangkan kerajaan melarang mana-mana individu yang sedang berdepan perbicaraan mahkamah membabitkan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah daripada bertanding pada pilihan raya umum (PRU).  

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Senator Datuk Ahmad Yahaya, usul itu bertujuan mengelakkan mereka yang terpalit kes mahkamah menggunakan kedudukan untuk dikenakan tindakan.

Ahmad juga menyarankan mereka yang mengeluarkan kenyataan menggugat keharmonian negara tidak dibenarkan bertanding.  

Katanya, pindaan Perlembagaan berkenaan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan baru-baru ini, tidak cukup untuk menjaga integriti calon dan parti bertanding.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga mantan Setiausaha Agung UMNO menegaskan, beliau tidak mengetahui secara terperinci sekiranya ketetapan itu masih terpakai di peringkat parti atau sebaliknya.

Lantaran itu, beliau menegaskan, penguatkuasaan peraturan tersebut perlu diajukan kepada pimpinan tertinggi UMNO yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  

“Memang ada keputusan itu pada 2009, ini sudah 2022, namun untuk menjawab perkara itu saya tiada suara mahupun kuasa (local standardise).

“Saya percaya penjawat sekarang berwibawa menentukan dasar sebab ini MT UMNO putuskan, saya tak boleh ya atau tidak … betul atau salah.

“Tidak wajar untuk saya komen. Saya sebagai bekas Setiausaha Agong tiada kuasa. Saya hanya bekas, elok dirujuk kepada penjawat jawatan,” katanya. - Getaran, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad