web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: 2,328 Kes Baharu, 9 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 10:06AM

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,325 kes tempatan dan tiga kes import - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 kekal dalam kadar 2,000 apabila mencatatkan 2,328 kes semalam, berbanding 2,356 kes kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,787,308 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,325 kes tempatan dan tiga kes import.

Selangor dilaporkan sebagai negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 dengan 715 kes, disusuli Kuala Lumpur (415), Sabah (205), Perak (175), Sarawak (140) dan Negeri Sembilan (125).

Melaka pula mencatakan 109, Kedah (87), Kelantan (76), Pulau Pinang (75), Johor (66), Pahang (55), Putrajaya (36), Terengganu (34) dan dua negeri menyaksikan kes satu angka, iaitu Perlis serta Labuan, masing-masing sembilan dan enam kes.

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah sembilan kes, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 36,234 kes, termasuk 7,702 kes BID setakat kini.

Sebanyak 31,164 kes aktif direkodkan setakat ini dengan 29,761 kes atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 19 kes (0.1 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,305 kes (4.2 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 79 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 2,618 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,719,910 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. - Getaran, 3 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar