web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Bersalah Najib, Rosmah Baik Untuk Malaysia – Kumpulan Masyarakat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 9:07AM

Pertubuhan masyarakat awam memuji badan kehakiman kerana kekal bebas dalam menjalankan peranan, tanpa rasa takut atau pilih kasih, walaupun sedang menerima tekanan politik dan awam - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kumpulan masyarakat awam berharap reputasi Malaysia yang terjejas akibat skandal rasuah, mampu dipulihkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor atas tiga pertuduhan rasuah, hanya sembilan hari selepas suaminya yang juga mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjara.

Ini menandakan ‘kejatuhan’ pasangan pernah dikatakan paling berkuasa di Malaysia itu yang menjalani gaya hidup mewah selama bertahun-tahun menggunakan dana awam seperti didedahkan.

Ketika Ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos lalu, Rosmah atau digelar sebagai Wanita Pertama Malaysia (FLOM) semasa pentadbiran Najib, dijatuhi keputusan itu, selepas didapati bersalah atas rasuah membabitkan projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta yang didakwa peguamnya sebagai keputusan ‘tidak pernah berlaku’, malah mengatasi denda RM210 juta dikenakan ke atas Najib. Rosmah diberi penangguhan hukuman.

Bercakap kepada The Vibes, pertubuhan masyarakat awam memuji badan kehakiman kerana kekal bebas dalam menjalankan peranan, tanpa rasa takut atau pilih kasih, walaupun sedang menerima tekanan politik dan awam, terutama daripada penyokong pasangan suami isteri itu.

Presiden Transparency International Malaysia, Muhammad Mohan berkata, keputusan bersalah ke atas Rosmah adalah fakta bahawa walaupun seseorang itu individu paling berkuasa di negara ini, dia tidak terlepas daripada undang-undang.

Muhammad Mohan  berkata, keputusan bersalah ke atas Rosmah adalah fakta bahawa walaupun seseorang itu individu paling berkuasa di negara ini, dia tidak terlepas daripada undang-undang - Tangkapan layar
Muhammad Mohan berkata, keputusan bersalah ke atas Rosmah adalah fakta bahawa walaupun seseorang itu individu paling berkuasa di negara ini, dia tidak terlepas daripada undang-undang - Tangkapan layar

“Ia membuktikan, buat kali kedua dalam seminggu, badan kehakiman kita bebas dan kita mesti percaya kepada sistem mahkamah kita.

“Saya melihat keputusan itu memberi mesej kepada perasuah bahawa mereka tidak boleh lari dan ini petanda baik untuk Malaysia.

“Satu lagi perkara positif ialah tiada campur tangan daripada kerajaan. Ini adalah petanda baik dan ia mesti dikekalkan,” katanya ketika dihubungi.

Mohan berkata walaupun beberapa kes berprofil tinggi masih belum selesai, termasuk dua kes lagi dihadapi Najib membabitkan skandal berbilion ringgit 1Malaysia Development Bhd (1MDB), keputusan mahkamah ke atas beliau dan Rosmah dapat mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman.

Beliau berkata, beliau percaya bahawa perkembangan itu sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan indeks persepsi rasuah negara. (Ketika ini) Malaysia berada di kedudukan 62 dalam indeks terkini, susut lima anak tangga, berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata, kes dua individu pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan yang didapati bersalah mencuri jutaan ringgit wang rakyat itu, memalukan Malaysia.

“Jenayah dilakukan mereka membawa akibat sangat buruk kepada rakyat negara ini. Apabila negara memiliki pemimpin teruk, jelas sekali ia menyebabkan keseluruhan sistem pentadbiran ‘dimusnahkan’ oleh rasuah di setiap peringkat,” katanya.

Cynthia Gabriel berkata, kes dua individu pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan yang didapati bersalah mencuri jutaan ringgit wang rakyat itu, memalukan Malaysia - Gambar Bernama
Cynthia Gabriel berkata, kes dua individu pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan yang didapati bersalah mencuri jutaan ringgit wang rakyat itu, memalukan Malaysia - Gambar Bernama

Gabriel berkata, kumpulan ‘penyangak serta penjenayah’ yang masih bebas kini juga mesti dibawa ke muka keadilan dan ini penting bagi memulihkan kepercayaan terhadap sistem keadilan negara.

Sementara itu, Naib Presiden (Sosial dan Ekonomi) Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Zokhri Idris berkata, dengan keputusan kes Rosmah itu, langkah seterusnya adalah menutup kelemahan dalam sistem kerajaan yang membenarkan penyalahgunaan dibuat Rosmah.

Beliau berkata, walaupun keputusan semalam membuktikan kedaulatan undang-undang kekal utuh, persoalan bagaimana isteri seorang Perdana Menteri boleh ‘campur tangan’ dalam urusan projek awam mesti diberi dirungkai.

“Bagaimana Rosmah boleh terbabit dalam projek itu? Kita mesti menyiasat kelemahan ini dan melihat campur tangan VVIP dalam perolehan dan projek lain,” katanya.

Zokhri berkata, keputusan Najib dan Rosmah menyebabkan beliau sedih dan malu kerana rasuah secara terang-terangan boleh berlaku dalam kalangan pegawai tertinggi kerajaan.

“Mereka ini bukan rakyat biasa. Perbuatan ini mencemarkan imej kita. Kita bercakap mengenai mantan Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Tricia Yeoh berkata, kes Rosmah menunjukkan kepentingan untuk mematuhi piawaian pemerolehan awam yang perlu diperkukuh melalui akta khusus.

Beliau berkata, dengan rangka kerja undang-undang betul dan langkah punitif, tender serta kontrak akan menjadi lebih telus dan bertanggungjawab, sekali gus berkesan bagi meminimumkan perbuatan rasuah sebagai ‘pertukaran’ untuk pemberian projek.

“Secara keseluruhannya, jika kita mengukuhkan institusi kita, kita akan dapat mengelak campur tangan politik sedemikian dalam kontrak awam,” katanya. – The Vibes, 2 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad