web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Perbicaraan Kes Rosmah Dijangka Diketahui Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 7:50AM

Kompleks Mahkamah Tinggi menjadi tumpuan pagi ini bagi mengetahui keputusan perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan  projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. 

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan mengetahui sama ada beliau akan dibebaskan atau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya. 

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dijangka mengumumkan keputusan itu pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, Rosmah telah memfailkan permohonan di saat-saat akhir supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan ke atas kes itu berikutan dakwaan berlaku  kebocoran dokumen penghakiman kes beliau yang disediakan pihak lain dan ditularkan di media massa dan elektronik, 26 Ogos lepas.

Difahamkan Mahkamah Tinggi akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu, hari ini.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah, 70, diarahkan membela diri ke atas tiga pertuduhan dihadapinya setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Rosmah, berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rasuah terbabit didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram sementara Peguam Datuk Jagjit Singh mengetuai pihak pembelaan.

Lima belas wartawan, seorang daripada setiap organisasi media terpilih, diberikan pas untuk berada di dalam mahkamah sementara pas untuk mengikuti prosiding menerusi satu pautan video di bilik lain telah  dikeluarkan kepada 35 wartawan lain termasuk daripada media asing. 

Dengan kes berprofil tinggi ini yang menarik perhatian ramai di dalam negara dan peringkat antarabangsa, mahkamah juga menyediakan 60 pas jurugambar dan jurukamera video daripada setiap organisasi media yang ditempatkan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek