web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terima Laporan Pengulas Sukan Diugut 'Peminat' Pemain Badminton Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 7:04AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pengulas sukan di sebuah stesen televisyen swasta berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu di media sosialnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam,  ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan dibuat pada pukul 1 pagi tadi, dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan ulasan lelaki berkenaan dalam sebuah rancangan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 dan beliau membuat laporan kerana ia mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.

“Pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara ‘Lee Zhi Jia’ semasa membuat ulasan dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’, dan pengadu syak perkara itu mungkin mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Hadi dengan menelefon 016-2745515. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad