web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan Penuh Siasatan Kes Adib Siap, Dibentang September Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 4:14PM

Wan Junaidi - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah menerima laporan penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berhubung proses siasatan insiden itu yang dijalankan sejak 21 Disember tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr  Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan diterima daripada pihak jawatankuasa khas tersebut akan dibentang kepada Jemaah Menteri pada September ini.

Katanya, laporan tersebut disediakan dengan mengambil kira pelbagai perspektif dan pandangan daripada pakar dilantik, selain wakil kementerian, jabatan serta agensi berkaitan.

“Jawatankuasa khas ini juga melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti punca kematian, termasuklah sesi temu bual saksi kes dan penelitian dokumen siasatan di War Room Jawatankuasa yang diadakan hampir setiap minggu.

“Sesi Rekonstruksi Kejadian juga diadakan dengan semua agensi berkaitan bertujuan membuat simulasi insiden berdasarkan kepada rakaman litar tertutup (CCTV), rakaman video dan keterangan daripada saksi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Junaidi yang juga pengerusi jawatankuasa khas itu berkata, laporan tersebut disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Adalah menjadi harapan kerajaan, agar laporan ini dapat menjawab persoalan orang ramai berhubung insiden tersebut.

“Kerajaan juga berharap agar laporan ini dapat dijadikan panduan bagi mengelakkan insiden seumpama itu daripada berulang kembali,” katanya.

Muhammad Adib, 24, mengalami kecederaan parah ketika kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018.

Inkues ditubuhkan berikutan perselisihan pendapat mengenai punca kematiannya, sama ada disebabkan kemalangan atau serangan disengajakan.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perlakuan jenayah lebih daripada dua atau tiga orang yang tidak dikenali. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Khas Perkasa Mahkamah Syariah Terbuka Terima Pandangan Parti Politik - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar