web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insentif PM Untuk Penjawat Awam Bukan 'Gula-Gula', Sebaliknya Kenang Jasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 7:01AM

Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) bertemakan "Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia" di Putrajaya, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam ‘khabar gembira’ diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada penjawat awam semalam, tidak mempunyai agenda tersembunyi untuk kepentingan peribadi, tetapi sebagai menghargai pengorbanan dan jasa golongan itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pengumuman itu juga bukan membabitkan ‘pemberian’ luar biasa, sehingga boleh dianggap mahu menarik sokongan penjawat awam kepada kerajaan.

Justeru, katanya, sebarang dakwaan bahawa pengumuman Perdana Menteri itu hanya untuk mengambil hati penjawat awam dan ibarat ‘ada udang di sebalik batu’ adalah tidak wajar.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

“Saya nampak tak ada benda luar biasa sangat (pengumuman Perdana Menteri), cuma antara yang menariknya adalah tambahan cuti diberikan kerajaan, iaitu ‘award wang tunai’ (GCR) untuk pencen nanti apabila ditambah 30 hari lagi menjadikan jumlahnya 180 hari, itu memang penjawat awam hargai.

“Pengumuman lain itu saya tak nampak luar biasa, seperti bonus pun RM700 sahaja, biasa sebelum ini kerajaan beri RM1,000.

“Saya tak nampak itu sebagai ‘gula-gula’, saya lihat ia cara kerajaan menghargai penjawat awam,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ismail Sabri Yakcob. - Gambar Bernama
Ismail Sabri Yakcob. - Gambar Bernama

Menerusi pengumuman Ismail Sabri sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 di Putrajaya itu, beliau berkata, enam insentif berkenaan adalah kerajaan akan menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat boleh dikumpul bagi tujuan (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari juga diberikan yang menyaksikan jumlah Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat melebihi 10 tahun, menjadi 15 hari setahun.

Kerajaan juga memberikan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Pada masa sama, pegawai yang mencapai gaji maksimum akan menerima penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan.

Selain itu, Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 diberikan untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 juga disediakan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700, manakala RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Mazlan berkata, pengumuman itu mungkin boleh dianggap sebagai ‘gula-gula’ sekiranya membabitkan pemberian luar biasa atau langkah tidak pernah dilakukan kepimpinan terdahulu, contohnya kerajaan memaklumkan akan melaksanakan pelarasan atau semakan gaji.

“Sekarang saya tengok apa Perdana Menteri bagi tu tak ada lah begitu besar atau pelik kan, jika memang umum sesuatu yang berbeza dari kebiasaan mungkin boleh kata nak tarik penjawat awam sokong kerajaan, tapi ini setakat beri bonus sikit, lain tu saya rasa nampak macam biasa saja,” katanya.

Menurut Mazlan, mungkin juga pengumuman itu mencetuskan persoalan mengapa ia diberikan secara ‘tiba-tiba’ dan tidak menunggu pembentangan Bajet 2023.

Namun, beliau berkata, pengumuman lebih awal itu mungkin kerana kerajaan memahami kesusahan dialami rakyat, termasuk kakitangan awam, khususnya bergred gaji rendah yang sekurang-kurangnya meningkatkan semangat kakitangan untuk terus berkhidmat.

Penjawat awam melafazkan ikrar Perkhidmatan Awam semasa majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) bertemakan "Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. - Gambar Bernama
Penjawat awam melafazkan ikrar Perkhidmatan Awam semasa majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) bertemakan "Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. - Gambar Bernama

Ditambah kehadiran Ismail Sabri ke Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 itu, katanya, pengumuman terbabit boleh dianggap sebagai ‘meraikan’ hari penting untuk penjawat awam.

“Pada saya Ismail Sabri ini dia tidak ada (agenda tersembunyi) begitulah, saya tak nampak sangat lah, tak nampak dia begitu,” katanya.

Manakala, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Adnan Mat menyifatkan, enam insentif diumumkan itu adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sentiasa menjadi barisan hadapan dalam meletakkan negara kembali di landasan kukuh, selepas pelbagai cabaran dihadapi.

Jelasnya, CUEPACS memahami kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan, namun tetap cuba mendengaar dan memberi yang terbaik kepada penjawat awam demi menghargai sumbangan dicurahkan golongan itu selama ini.

Adnan Mat - Gambar Bernama
Adnan Mat - Gambar Bernama

Beliau berkata, segala insentif diumumkan kerajaan itu sekurang-kurangnya mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan inflasi, seperti menerusi BKK 2023, kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100 dan penambahbaikan pergerakan gaji tahunan kepada yang mencapai gaji maksimum.

“Ketiga-tiga insentif ini adalah satu penghargaan yang wajar diberikan di atas pencapaian produktiviti disumbangkan penjawat awam kepada negara. Hal ini tidak wajar dinafikan atau dipertikaikan pihak lain.

“CUEPACS berharap setiap pejawat awam sentiasa menjaga produktiviti masing-masing agar ekonomi negara akan bertambah kukuh dan kerajaan lebih berupaya meningkatkan kebajikan mereka.

“Jadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tanggungjawab digalas bagi memastikan negara terus mampu bergerak kehadapan menghadapi perubahan global yang mencabar,” katanya.

Sementara itu, penjawat awam yang ditemui Getaran, menyifatkan insentif diberikan kerajaan berkenaan sebagai ‘hadiah’ atas komitmen diberikan.

Pegawai di Kementerian Kesihatan (KKM), Kamarulzaman Husin, 45, berkata, pemberian itu sedikit sebanyak mengurangkan beban penjawat awam untuk menampung kos sara hidup ketika harga barang dan keperluan asas meningkat.

Ujarnya, walaupun kadar kenaikan KGT sebanyak RM100 nampak kecil, ia sememangnya sangat membantu golongan memerlukan, seperti penjawat awam gred rendah.

“Secara keseluruhan (saya) berpuas hati dengan pengumuman tersebut, namun diharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meneruskan KGT pada tahun seterusnya,” katanya.

Bagi kakitangan Kementerian Perpaduan Negara, Nur Najwa Abdul Rahman, 33, pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan mementingkan kebajikan penjawat awam, termasuk daripada aspek cuti dan gaji.

“Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dengan hati terbuka.

“Keenam-enam pengumuman itu merangkumi pelbagai aspek, termasuk kebajikan penjawat awam dari sudut cuti dan gaji,” katanya. – Getaran, 31 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar