web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Asing Dipercayai Mangsa Aktiviti Pemerdagangan Manusia, Diselamatkan Di Pasir Gudang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 9:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR GUDANG - Polis menyelamatkan seorang wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan manusia di sebuah rumah di sekitar Taman Pasir Putih, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang memaklumkan bahawa mangsa telah meminta bantuan kerana dipercayai dikurung oleh jiran pengadu, pada pukul 11.45 pagi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam membuat pemeriksaan dan menyelamatkan mangsa yang didapati telah dikurung dalam keadaan pintu rumah itu berkunci dengan mangga dari luar, kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam. 

"Susulan penemuan mangsa, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan di dua lokasi berasingan sekitar Pasir Gudang selain merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama, kira-kira pukul 3.30 petang hingga 9.42 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohd Sohaimi berkata hasil semakan mendapati kedua-dua individu yang berusia 36 dan 38 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. 

Mohd Sohaimi berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dijanjikan bekerja sebagai pembantu rumah, namun dikurung sementara bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan," katanya. 

Kedua-dua mereka kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama lima hari bermula hari ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad