web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Guna Dana Untuk Kepentingan Peribadi Walaupun Saya Pengasas YAB - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 8:24PM

Ahmad Zahid, 69, berkata dana yayasan itu digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif YAB - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyeleweng dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk kepentingan peribadi walaupun beliau adalah pengasas yayasan itu.

Ahmad Zahid, 69, berkata dana yayasan itu digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif YAB.

“Saya tidak boleh menggunakan dana yayasan itu untuk kepentingan peribadi,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh semasa membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.

Semasa disoal seorang lagi peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal mengenai sama ada bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad Chew Ben Ben memberitahu tujuan cek RM6 juta diserahkan, Ahmad Zahid menjawab “sumbangan politik”.

Ahmad Zaidi: Mengapa sumbangan daripada Datasonic yang Datuk Seri (Ahmad Zahid) terima masuk ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co dan tidak buat aktiviti politik daripada sumbangan itu?

Ahmad Zahid: Yang Arif, sebarang sumbangan politik walaupun untuk aktiviti peribadi saya sebagai ahli politik, saya masukkan (sumbangan) ke dalam akaun Lewis & Co sebagai pemegang amanah (YAB) adalah untuk disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang dibenarkan sebagaimana terdapat dalam M&A untuk tujuan atau objektif YAB.

Pada prosiding sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Chew adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 2 petang. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad