web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 8:18PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbdudi (YAB) yang dihadapinya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbdudi (YAB) yang dihadapinya.

Ahmad Zahid, 69, memberikan keterangan bersumpah dari tempat saksi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bermula 13 April lepas dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya.

Berkenaan prosiding seterusnya, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid berkata pihak pembelaan akan mengurangkan saksi pembelaan daripada 43 saksi kepada 40.

“Pihak pembelaan akan menyediakan pernyataan saksi dan menyerahkannya kepada pendakwaan dalam tempoh 14 hari sebelum mereka memberi keterangan,” kata peguam itu.

Hakim Sequerah: Perlu ke memanggil 40 saksi lagi?

Hamidi: Ya Yang Arif, walaupun bilangannya mencecah 40 saksi, keterangan mereka tidak akan mengambil masa yang lama, malah kami akan mengikut jadual perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mencadangkan agar 20 saksi sahaja dipanggil memberikan keterangan.

“Sebelum ini 43 saksi dikatakan akan dipanggil memberikan keterangan, sekarang turun kepada 40 saksi, namun ia masih dikira ramai. Jadi saya cadangkan mahkamah dapat menetapkan tarikh tambahan untuk prosiding akan datang,” katanya.

Peguam utama Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik kemudian berkata tarikh tambahan tidak perlu ditetapkan pada masa ini kerana saksi-saksi ini tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk memberikan keterangan.

Mahkamah menetapkan 40 saksi itu memberikan keterangan selama 20 hari iaitu pada 19 hingga 22 Sept, 26 hingga 29 Sept, pada Oktober iaitu 17, 18, 19, 20 dan 31 manakala November pada 1, 2, 3, 7, 8, 9 dan 10.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad