web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guan Eng Tempelak Kerajaan, Dakwa Taksub Survival Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 8:48PM

Lim Guan Eng - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menempelak kerajaan kerana didakwa seolah-olah taksub dengan survival politik dan terdesak mengadakan pilihan raya umum, berbanding mengambil langkah konkrit untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan tiga minggu pada 7 Oktober menunjukkan pilihan raya umum akan diadakan lebih awal iaitu November tahun ini.

Menurut beliau, pada ketika setiap sumber, tenaga dan tumpuan harus ditujukan untuk menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi, kerajaan dilihat mengorbankan tadbir urus yang baik demi kepentingan politik.

Sindirnya, jika pilihan raya awal boleh membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara, maka ia sepatutnya diadakan setiap tahun.

"Membentangkan bajet awal semata-mata untuk tujuan pilihan raya umum menafikan tujuan keseluruhan bajet sebagai penyata dasar fiskal dan kewangan untuk tahun hadapan.

"Jelas sekali Bajet 2023 adalah Bajet Pilihan Raya untuk menguntungkan kepentingan politik parti pemerintah, bukan bajet yang betul-betul untuk membantu rakyat dan mengatasi masalah ekonomi negara," katanya hari ini.

Tambahnya, kerajaan harus mengambil pendekatan holistik untuk memperlahankan kenaikan harga dengan menangani kesesakan fiskal, kekurangan buruh yang teruk, kejatuhan nilai ringgit, kerenah birokrasi dan halangan kepada pertumbuhan ekonomi yang dihadapi oleh perniagaan.

Menangani semua masalah tersebut jelasnya, akan membantu mengurangkan kos dan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, kerana pengeluaran berskala tinggi akan membantu perniagaan untuk mengurangkan lebih banyak kos.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengulas peningkatan harga roti putih Gardenia, yang merupakan makanan ruji kumpulan B40 dan M40.

“Peningkatan antara 20 dan 70 sen bermula 1 September menunjukkan peningkatan kos sara hidup masih masalah ekonomi yang membimbangkan.

"Kenaikan harga roti Gardenia bercanggah dengan dakwaan kerajaan sekarang bahawa mereka telah berjaya mengawal harga yang melambung tinggi, terutama peningkatan harga barang makanan sebanyak 6.2 peratus pada Julai 2022," katanya. - Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 minit yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad