Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


ZIST Tuntut Permohonan Maaf

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 6:25PM

Karen Cheah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga peguam daripada firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) menuntut Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dikatakan sebagai fitnah, berhubung tindakan mereka semasa mengendalikan rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.

Menurut pernyataan tuntutan bertarikh 26 Ogos, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavanam menuntut penarikan semula dan permohonan maaf yang penuh dan tidak berbelah bahagi berhubung kenyataan yang diterbitkan dan disebarkan kepada media bertajuk “Abuse of Process Brings Disrepute to Our Justice System” pada 19 Ogos.

Mereka mendakwa kenyataan akhbar yang menjadi asas kepada laporan berita itu secara “palsu dan berniat jahat” mengandungi kenyataan-kenyataan berkaitan tindakan mereka dalam mengendalikan rayuan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Persekutuan.

Pernyataan itu turut menyatakan bahawa mereka mendakwa beberapa perenggan dalam kenyataan akhbar Cheah itu menunjukkan sikap secara melulu tidak mengendahkan sama ada tohmahan yang disampaikan menerusi kata-kata bersifat aduan itu, adalah benar atau sebaliknya.

Menurut pernyataan itu, perenggan berkenaan mengatakan bahawa peguam telah sengaja bertindak secara tidak profesional dengan agenda yang tidak wajar untuk menyalahgunakan proses mahkamah, bahawa mereka menggunakan strategi yang tidak bertanggungjawab, dan bahawa tindakan mereka dibuat bagi memesongkan proses keadilan, dan mencemarkan profesion perundangan.

Mereka berkata kenyataan Cheah mendakwa pihak peguam adalah tidak profesional, tidak cekap dan tidak tahu peraturan profesional dalam amalan dan etika; tiada rasa bersalah untuk menyalahgunakan proses mahkamah; telah bertindak secara terang-terangan menghina mahkamah; dan tidak boleh dilakukan sebagai peguam bela dan peguam cara.

Menurut pernyataan itu mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Cheah sekiranya penarikan balik dan permohonan maaf tidak dibuat selewat-lewatnya pada 2 Sept ini.

Pada 26 Julai, Najib melantik ZIST untuk mewakilinya dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Persekutuan selepas melepaskan Tetuan Shafee & Co berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pada 18 Ogos, Najib telah melepaskan ZIST sebagai peguam caranya. - Bernama

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Politik 13 jam yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad