web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Salah Awalkan Bajet 2023, Tapi Runding Dulu Bersama PH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 2:13PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan belum melaksanakan sebarang rundingan atau perbincangan bersama Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memantapkan proses penyediaan Bajet 2023. 

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terburu-buru dalam melaksanakan inisiatif tersebut, yang menyaksikan pembentangan Bajet 2023 dibuat awal seminggu iaitu 7 Oktober, berbanding jadual asal.

Bagaimanapun menurut beliau, Anwar tidak menjadi suatu kesalahan buat Perdana Menteri untuk menyegerakan Bajet 2023 kerana beliau mempunyai kuasa bagi mengubahnya. 

"Dia ada wawenang (kuasa) untuk melakukan dan tidak menjadi hal aneh dalam sistem kita, tetapi yang nyata menjadi rahsia umum, dia menghadapi tekanan kuat oleh pimpinan UMNO. Jadi, kita memiliki Perdana Menteri yang tidak mempunyai kekuatan untuk menentukan tetapi (berada) di bawah telunjuk pimpinan UMNO. 

"Selain itu, umumnya setahun dua ini ada rundingan dengan PH berdasarkan memorandum persefahaman, umpamanya aspek percukaian, perbelanjaan, ketelusan, kebertanggungjawaban dalam beberapa isu pokok yang mahu dibentangkan. Ia belum bermula, (jadi) bermakna terburu dilaksanakan," katanya menerusi rakaman video di Facebook hari ini. 

 

Ikuti respon saya berhubung keputusan Perdana Menteri untuk segerakan pembentangan Belanjawan 2023. Keputusan ini tidak mengejutkan kerana Perdana Menteri punyai wewenang untuk berbuat demikian namun ia juga membuktikan beliau hadapi tekanan daripada pimpinan UMNO.

Posted by Anwar Ibrahim on Friday, August 26, 2022

Mengulas lanjut Anwar berkata, tekanan yang diterima Ismail Sabri oleh partinya membuktikan Perdana Menteri berada dalam suasana terhuyung hayang kerana bertindak mengikut selera pimpinan kelompok UMNO. 

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, ia turut menjelaskan bahawa mandat baharu serta kerajaan kukuh dan stabil perlu diwujudkan agar pemerintahan baharu mampu memberi fokus sepenuhnya bagi membentuk negara.

"Pertama, memastikan tatakelola kerajaan baik dengan menghapuskan rasuah, bukan dimasukkan ke penjara tetapi tidak menjadi pengajaran disebabkan soal ketirisan dan rompakan berterusan. Jadi, perlu perubahan itu.

"Kemudian, isu besar (seperti) pembaharuah pendidikan, kesihatan kepada rakyat, menghadapi teknologi baharu dan soal alam sekitar. Ia perlu merangkumi semua. 

"Satu pentadbiran lemah seperti yang  ada sekarang, (berada) di bawah telunjuk beberapa tokoh yang takut menghadapi pendakwaan di mahkamah tidak mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat, khususnya di saat kos sara hidup kian meningkat," katanya. - Getaran, 27 Ogos 2022








 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad