web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istana Kelantan Sangkal Dakwaan Ketua Hakim Negara, Suami Dilarang Ke Istana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 9:33PM

Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Istana Kelantan hari ini menyangkal dakwaan sebuah portal yang mengatakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan suaminya dilarang ke Istana Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata kenyataan yang dikeluarkan portal itu adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas

“Tidak pernah ada larangan seperti yang didakwa dikeluarkan oleh Istana Kelantan.

Istana Kelantan memandang serius tohmahan berupa fitnah seperti ini dan menyarankan agar pengamal media merujuk kepada istana terlebih dahulu mengenai kesahihan apa-apa berita sebelum disiarkan bagi mengelak dari mengelirukan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Mohd Shafriman berkata pihak istana akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas ini berlarutan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar