web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Mati Disyaki Ditekup Bantal Oleh Teman Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 10:10AM

Hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang wanita berusia 24 tahun ditemukan mati dipercayai akibat ditekup dengan menggunakan bantal oleh kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan kira-kira jam 9.12 malam, kelmarin, daripada seorang wanita tempatan.

“Kaunter aduan Balai Polis Klang telah menerima satu aduan daripada seorang perempuan warga tempatan, yang menyatakan bahawa pada 7.18 malam semalam telah terima panggilan video daripada suspek, yang meminta bantuan untuk mengambilnya di kawasan Kampung Pandan, Klang.

“Ini kerana suspek dikatakan telah bertindak menekup muka dengan mengunakan bantal terhadap seorang perempuan, sehingga tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek.

“Pihak polis yang sampai di lokasi tempat kejadian mendapati, kejadian berlaku di sebuah rumah jenis lot di kawasan Kampung Pandan, Klang. Mangsa telah ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah tersebut, pemeriksaan tubuh badan mangsa tiada sebarang kesan kecederaan,” katanya.

Cha berkata suspek berusia 19 tahun telah ditangkap pihaknya di tepi jalan berdekatan dengan tempat kejadian, ketika beliau mahu melarikan diri.

Beliau berkata pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian, telah menemukan beberapa barang yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Cha berkata siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad