Berita Terkini

2 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 2 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 2 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 2 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Polis Tahan 5 Individu Kes Culik Bayi Perempuan Berusia 9 Bulan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 2:53PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan lima individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 14 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan diculik dari rumah pengasuhnya di Bukit Tengah di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata susulan laporan polis dibuat bapa bayi itu, polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 14 hingga 43 tahun dalam dua serbuan berasingan di Machang Bubok, di sini dan Kulim, Kedah pada hari sama.

“Ibu kepada bayi itu sampai di rumah pengasuh di satu unit pangsapuri pada 5.30 petang untuk mengambil anak perempuannya iaitu bayi berusia sembilan bulan yang dijaga seorang wanita warga emas berusia 65 tahun.

“Pengasuh itu memaklumkan cucu perempuannya berumur 14 tahun yang menjaga bayi itu di ruang tamu rumah mereka telah membawa lari mangsa ketika dia sedang solat dan semasa kejadian, kakak kepada remaja berkenaan yang berusia 18 tahun berada di dalam bilik lain di rumah itu sedang menjaga tiga lagi kanak-kanak lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata sejurus kejadian, mereka telah bertanya kepada pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan dan pada masa sama neneknya cuba menghubungi suspek melalui telefon bimbit, namun tidak berjaya.

Cheng San berkata pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal menunjukkan remaja perempuan itu menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 berwarna merah tanpa memakai topi keledar sambil menggendong mangsa dengan tangan kirinya.

Beliau berkata hasil risikan dan serbuan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis daerah SPT menyerbu sebuah pondok di kawasan Machang Bubok pada 11.50 malam dan menahan remaja perempuan itu bersama teman lelakinya dan seorang rakan lelaki masing-masing berumur 18 tahun yang sedang makan di situ.

“Seterusnya polis menyerbu sebuah rumah di Kulim dan menahan seorang wanita dan lelaki masing-masing berumur 43 dan 30 tahun iaitu ibu dan bapa tiri kepada teman lelaki remaja perempuan itu. Polis berjaya menyelamatkan bayi berkenaan yang berada di dalam sebuah van kilang bersama pasangan suami isteri terbabit di situ,” katanya.

Menurut Tan, berdasarkan siasatan awal, selepas remaja itu membawa bayi berkenaan ke pondok di Machang Bubok, dia menaiki motosikal bersama teman lelakinya ke Kulim dan meninggalkan mangsa di situ untuk dijaga sementara oleh ibu lelaki terbabit.

“Remaja itu meminta ibu teman lelakinya menjaga sebentar bayi yang kononnya ialah anaknya bersama tekan lelaki lama, namun suspek memaklumkan kepada polis yang dia melarikan bayi itu kerana chubby (montel) dan comel,” katanya.

Cheng San berkata bayi kepada pasangan suami isteri berusia 24 dan 26 tahun yang bekerja kilang itu dijaga oleh pengasuh berkenaan sejak lapan bulan lepas dengan bayaran RM500 sebulan manakala remaja perempuan itu tidak bersekolah dan tidak tinggal secara tetap dengan neneknya.

“Bayi itu dalam keadaan sihat dan selamat serta dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut ... siasatan masih dijalankan sama ada bayi itu cuba dijual kepada mana-mana pihak atau sindiket,” katanya dan menambah lima individu itu direman selama empat hari hingga 27 Ogos manakala kes disiasat menurut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

2

Teknovasi 2 minggu yang lalu

TikTok Tetapkan Had Masa Skrin 60 Minit Sehari Bagi Pengguna Bawah 18 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Caci Pembuat Kertas Soalan Sejarah SPM, 2 Remaja Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak, Remaja Berisiko Tinggi Alami Masalah Kesihatan Mental - Dr Zaliha

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar, Rang Undang-Undang Dalam Usaha Menyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Bakal Dimuktamad

Semasa 9 jam yang lalu

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agensi Agama Islam Perlu Kreatif Anjur Aktiviti Ibadah Bulan Ramadan

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan Mahu Lebih Banyak Pihak Beri Input - Fadillah