web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes 1MDB: Pembelaan Najib Dakwa Saksi Tidak Bermanfaat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 1:06PM

Muhammad Shafee tiba di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang saksi dalam kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak membuat pengakuan bersumpah hari ini bahawa dia tidak mengetahui ketepatan butiran dalam penyata saksi bertulisnya sendiri kepada mahkamah sebelum ini..

Semasa sesi soal balas oleh peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata, penyata saksinya kepada mahkamah tidak disediakan di hadapan beliau.

Ini selepas Shafee memberitahu mahkamah bahawa Zauyah tidak mempunyai manfaat kepada pihak pembelaan dan pendakwaan selepas dia gagal menjawab soalan asas mengenai peranan rasminya menguruskan syarikat di bawah Menteri Kewangan Inc (MoF Inc).

“Yang Arif, perkara ini tidak membawa kami ke mana-mana. Ini adalah pertama kali dalam 46 tahun saya bertemu saksi seperti ini. Dia tidak bermanfaat kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Shafee berkata demikian bagi merujuk kepada Zauyah, yang juga saksi pendakwaan ke-26 dalam kes itu.

Peguam pembelaan Najib sebelum ini menyoal Zauyah sama ada beliau merangka penyata saksi itu sendiri.

Shafee: Adakah kamu sendiri merangka penyata saksi itu?

Siti Zauyah: Bukan, pegawai dari MOF Inc yang buat.

Shafee: Adakah kamu membaca penyata ini dan bersetuju dengannya selepas membacanya. Adakah kamu membacanya atau tidak?

Siti Zauyah: Saya hanya diberi pada saat-saat akhir dan tidak diberi (masa) untuk membaca semuanya.

Shafee: Jadi kamu tidak tahu jika semua yang dinyatakan itu adalah betul?

Siti Zauyah: Saya tidak pasti. Ia bukan dalam pengetahuan saya.

Shafee: Adakah mereka menunjukkan ini kepada kamu untuk pengesahan?

Siti Zauyah: Ia dirangka oleh pejabat saya tetapi bukan di hadapan saya, saya hanya diberi dokumen (untuk ditandatangani).

Pada 15 Jun lalu, Zauyah memberitahu mahkamah bahawa Malaysia masih berhutang RM13.3 bilion akibat dari pinjaman 1MDB.

Terdahulu, Shafee kecewa dengan Zauyah kerana dia tidak dapat menafikan atau mengesahkan butiran dokumen melalui e-mel daripada surat-menyuratnya dengan pengurusan 1MDB pada 2009.

Zauyah menjawab, “Saya tidak tahu” atau “Saya tidak pasti” apabila terus diasak Shafee.

Ini menyebabkan Shafee mempersoalkan mengapa Zauyah dihadapkan sebagai saksi.

Peguam bela itu kemudiannya meminta prosiding dihentikan sebentar supaya beliau boleh berunding dengan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dan pendakwa raya lain mengenai tindakan seterusnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah kemudian menangguhkan prosiding ke petang ini. - The Vibes, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar