web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Taman Setia Bimbang Keselamatan Terancam Selepas Boom Gate Dicabut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 8:50PM

Penduduk Taman Setia, Gombak tidak berpuas hati dengan tindakan MPS mencabut 'boom gate' dan merasakan keselamatan mereka tergugat kerana ‘terdedah’ kepada jenayah. - Tangkapan layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terpaksa mencabut sementara ‘boom gate’ atau pagar keselamatan automatik di Taman Setia, Gombak, Selangor selepas penggunaannya masih tidak mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mencetuskan rasa tidak puas hati dan gusar dalam kalangan penduduk.

Masakan tidak, penduduk sudah membelanjakan sebanyak RM50,000 untuk memasang ‘boom gate’ itu di lapan laluan ‘keluar masuk’ taman perumahan tersebut, namun akhirnya palang berkenaan dicabut.

Yang Dipertua Badan Kebajikan Perwira Setia Indah Gombak (BKPSIG), Azri Shamsul Zaralul berkata, pemasangan ‘boom gate’ itu penting kerana sejak penggunaannya, kes jenayah di kawasan berkenaan turun mendadak.

“Malah (sejak pemasangan ‘boom gate’) tiada lagi laporan daripada penduduk mengenai kes jenayah, termasuk pecah rumah, samun atau ragut.

“Kes jenayah seperti pecah rumah, samun dan ragut turun kepada kosong kes selepas penduduk sepakat untuk memasang ‘boom gate’ di kawasan perumahan kami.

“Bagaimanapun, tindakan mencabut ‘boom gate’ tersebut mencetuskan ketidakpuasan hati dan kegusaran penduduk yang merasakan keselamatan mereka tergugat kerana ‘terdedah’ jenayah,” katanya kepada Getaran hari ini.

Azri Shamsul berkata, apa yang mengecewakan penduduk adalah apabila MPS terpaksa mencabut palang kesemua ‘boom gate’ tersebut memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerima aduan daripada penduduk di perumahan bersebelahan.

Jelasnya, ia susulan penggunaan ‘boom gate’ di perumahan Taman Setia masih belum mendapat kelulusan JBPM walaupun permohonan berhubung perkara itu sudah dikemukakan beberapa kali.

Beliau berkata, sekitar tahun 2020, MPS meminta pihak pengurusan penduduk mendapatkan kelulusan daripada JBPM untuk pemasangan ‘boom gate’ tersebut.

Malah, jelasnya, pihak JBPM sudah pun melawat kawasan perumahan berkenaan untuk membuat penilaian susulan permohonan itu.

Namun, Azri Shamsul berkata, selepas penilaian dilakukan, pihak JBPM ada memberikan beberapa syor untuk menambahbaik struktur dibina, termasuk memindahkan batu yang menghalang jentera pihaknya menggunakan laluan tersebut jika berlaku kecemasan.

“Bagaimanapun, selepas menambahbaik struktur seperti dicadangkan, pihak JBPM sehingga kini masih belum memberikan kelulusan terhadap penggunaan ‘boom gate’ berkenaan.

“Tak silap saya, sudah dua tiga kali pihak kami menerusi Ketua Keselamatan BKPSIG menghantar surat kepada pihak JBPM untuk memperoleh kelulusan, namun tiada maklum balas,” katanya. – Getaran, 24 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad