web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Kecam Muhyiddin 'Ambil Kredit' Susulan Kes Najib Kekal Bersalah, Dipenjara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 6:19PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi berdepan kritikan awam dan berulang kali diingatkan mengenai ‘pengkhianatannya’ selepas ‘mengambil kredit’ berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad melabelkan Muhyiddin sebagai individu yang cenderung mengambil kredit untuk usaha dilakukan pihak lain.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

Sambil menyindir, beliau berkata, sebagai contoh jika membabitkan projek di sekolah, Muhyiddin akan menjadi individu yang mengambil kredit untuk ‘kerja’ pihak lain.

Namun, katanya, jika projek itu mendapat ‘A’ (status cemerlang), pasti beliau akan kembali bagi menuntut ia sebagai miliknya.

“Awal-awal adalah buat sikit-sikit, lepas tu jahanamkan projek.

“Projek dapat A dia muncul balik,” ciapnya menerusi Twitter.

Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi menyifatkan Muhyiddn sebagai ‘scheme of things’ yang menyogok orang dengan jawatan dan kemudian mendakwa beliau sebagai ‘pejuang anti rasuah’.

“Bapa ‘scheme of things’ yang sogok orang dengan jawatan untuk berkuasa nak sembang kata dia pejuang lawan rasuah. Pigidah!,” ciapnya.

Muhyiddin menerima kecaman semalam selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa beliau kekal ‘istiqamah’ dalam menegakkan kebenaran walaupun disingkirkan daripada kedudukannya dalam kerajaan dan UMNO.

Sementara itu, kenyataan Ahli Parlimen Pagoh terbabit dikecam pengguna Facebook, termasuk Syed Shah Syed Osman yang mengingatkan Muhyiddin supaya tidak lupa bahawa Najib adalah antara ahli politik yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

“Sekarang kamu mahu membuat dakwaan ini. Apabila anda dilantik sebagai Perdana Menteri, Najib menyokong anda. Jangan lupa mengenai itu,” katanya.

Pengguna lain media sosial sama, Aiman Athirah Al Jundi menyalahkan Muhyiddin kerana meletakkan negara dalam situasi lebih buruk dengan tindakan ‘scheme of things’ beliau.

“Kita memerangi rasuah dan salah guna kuasa sejak sekian lama. Anda (Muhyiddin) tidak akan berada di kedudukan anda sekarang jika anda tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan ketika itu.

“Tan Sri sila ingat bahawa pengkhianat tidak akan memiliki penyokong, pengkhianat akan dikhianati,” tulisnya.

Menerusi 10,000 komen di sebalik kenyataannya itu, kebanyakan pengguna mengingatkan Muhyiddin bahawa beliau adalah sebahagian daripada kumpulan yang membawa kepada kejatuhan PH, sebelum dirinya ‘dikhinati’ dan disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Hantaran Muhyiddin itu menerima 57,000 maklum balas dan dikongsi 1,800 kali setakat artikel ini disiarkan. – Getaran, 24 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad