web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warkah Terakhir Najib, “Jika Ditakdirkan Ini Perjalanannya Dan Dugaan Allah…”

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 12:50PM

Najib Razak sempat menitipkan kata-kata terakhir menerusi sekeping nota kepada ahli keluarganya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT. Apalah daya Daddy, manusia dan hamba-Nya."  

Demikian kata-kata terakhir ditinggalkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi sekeping nota kepada ahli keluarganya.

Warkah terakhir itu didedahkan di laman Facebook Najib, dipercayai dikongsi anaknya yang memanggil Najib dengan gelaran ‘daddy’.

Nota tersebut antaranya mengimbau perjalanan Najib dalam dunia politik dan perkhidmatan awam sejak 1976, termasuk dalam merancang pembangunan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis.

"Cabaran ini dengan hasil yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik diinginkan. 

“Tetapi cuba lagi dan lagi. Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar," katanya.

 

Keluargaku, Anak cucuku. My family. My love. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam...

Posted by Najib Razak on Tuesday, August 23, 2022

Nota tersebut turut memaklumkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya itu didedikasikan kepada rakyat, perkhidmatan awam dan politik, iaitu sebuah pengorbanan dipilih serta dilakukannya.

Najib turut menyifatkan ia sebagai sebuah perjalanan yang menggembirakan dengan kehadiran anaknya tetapi malangnya beliau terlepas pandang dan tidak dapat sentiasa bersama mereka.

"Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh daddy. My family My love (Keluargaku Kesayanganku). 

“Setakat ini sahaja yang daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam," katanya.

Najib yang juga mantan Presiden UMNO mengakhiri tulisannya dengan berkata, beliau menunggu keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.

"Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.

“Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan. Love you all. (Sayang anda semua)," katanya lagi.

Dalam rayuan akhir semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ketika penghakimannya, Tengku Maimun turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman terbabit berkuat kuasa hari sama.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar