web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tiba Di Penjara Kajang, Jalani Hukuman 12 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 7:38PM

Kenderaan yang dipercayai membawa Najib tiba penjara Kajang. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Penjara Kajang di sini, bagi menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman itu terhadap beliau, petang tadi.

Kenderaan pengiring polis yang membawa Ahli Parlimen Pekan itu tiba di pekarangan penjara berkenaan pada jam 6.10 petang selepas meninggalkan mahkamah di Putrajaya pada jam 5.30 petang.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut mengekalkan denda sebanyak RM210 juta yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Najib sebelum ini.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tengku Maimun turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukumannya berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Najib dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya membuat kawalan dan pemantauan di pekarangan Penjara Kajang, susulan kehadiran penyokong Najib di lokasi berkenaan.

“Setakat ini polis membuat kawalan dan pemantauan,” katanya kepada media.

Kawalan ketat diadakan sekitar Penjara Kajang. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Kawalan ketat diadakan sekitar Penjara Kajang. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kira-kira 30 orang awam berhimpun di luar pekarangan penjara, namun mereka kemudian diarahkan bersurai oleh polis.

Beberapa pemimpin Muda turut berada di situ sebaik Najib tiba.

Terdahulu, peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, pasukan pembelaan berhasrat memfailkan semakan berhubung keputusan berkenaan.

"Tiada mana-mana peruntukan di bawah undang-undang supaya hukuman ditangguhkan dengan alasan untuk memfailkan semakan," balas Tengku Maimun.

Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata, mahkamah memberikan setiap peluang kepada Hisyam bagi berhujah, sebaliknya peguam itu enggan berbuat demikian walaupun selepas diminta berulang kali.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi, beliau berkata, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak membuat sebarang kekhilafan ketika membuat keputusan menyabitkan Najib bersalah.

Selain Tengku Maimun, empat panel lain ialah Ketua Hakim  Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. - The Vibes, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad