web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peguam Najib Fail Permohonan Agar Ketua Hakim Negara Tarik Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 10:18AM

Hisyam tiba di Mahkamah Persekutuan hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memohon Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan mantan perdana menteri itu.

Pada permulaan prosiding di Mahkamah Persekutuan hari ini, Hisyam berkata, permohonan itu difailkan lewat malam tadi.

Tegasnya, permohonan itu dibuat bukan untuk menangguhkan prosiding tetapi berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh sejak beberapa hari lalu.

Hisyam berkata, permohonan itu yang turut disampaikan kepada pihak pendakwaan pagi ini, adalah berdasarkan afidavit Najib untuk memohon Tengku Maimun menarik diri, di mana beliau memetik hantaran di laman Facebook yang didakwa diterbitkan suami beliau, Datuk Zamani Ibrahim.

“Saya sesungguhnya percaya individu yang dinamakan di atas, Zamani Ibrahim adalah suami kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang merupakan pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan terakhir saya dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

“Saya sesungguhnya percaya perkembangan baharu ini amat membimbangkan memandangkan fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepimpinan saya terhadap negara ini semasa saya menjadi perdana menteri dan menyimpulkan bahawa saya menyalur keluar dana harta negara ke dalam akaun peribadi saya.

“Sebagai suami pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah kemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya,” kata Najib dalam afidavitnya.

Afidavit Ahli Parlimen Pekan itu juga menyatakan kebimbangannya bahawa Tengku Maimun tidak membantah permohonan penangguhan ahli Majlis Peguam Malaysia untuk menghadiri perhimpunan Walk for Justice pada 19 Jun lalu.

Najib berkata, ini amat membimbangkan kerana perhimpunan itu diadakan bagi menentang siasatan terhadap hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan konflik kepentingan ketika beliau mempengerusikan perbicaraan dan sabitan terhadapnya dalam kes SRC International di Mahkamah Tinggi.

Beliau juga berkata, permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir tersebut adalah untuk melindungi imej badan kehakiman.

Mahkamah berhenti seketika untuk membincangkan permohonan tersebut.

Sepanjang minggu lalu, sejak pendengaran rayuan terakhir Najib bermula pada 15 Ogos, Tengku Maimun diserang penyokong Najib dan UMNO di media sosial.

Ini susulan tindakan beliau tidak membenarkan perbicaraan itu ditangguhkan, selepas pihak pembelaan mendakwa mereka tidak mempunyai masa untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan.

Mahkamah juga menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri selepas beliau enggan memberikan hujahan lisan dengan Tengku Maimun memaklumkan pada Jumaat lalu bahawa peguam itu mempunyai “Sabtu, Ahad dan Isnin” untuk melakukan persediaan.

Sementara itu, mahkamah turut menolak permohonan pihak pembelaan untuk mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraan rayuan terakhir berhubung hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendapati Najib bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC pada Julai 2020.

Kempen dalam talian yang mempersoalkan kesaksamaan Tengku Maimum turut dilancarkan dengan menggunakan hantaran di halaman Facebook suaminya, Datuk Zamani Ibrahim pada Mei 2018 berkaitan Najib.

Terdahulu, Tengku Maimun bertanya kepada Hisyam sama ada beliau mempunyai sebarang hujahan untuk dibuat dalam perbicaraan rayuan itu.

Namun Hisyam berkata, tiada sebarang penghujahan.

Beliau menegaskan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan penghujahan kes itu dengan berkesan kerana mahkamah menolak permohonannya untuk menangguhkan rayuan tersebut.

Rayuan akhir itu dipengerusikan Tengku Maimun dan turut disertai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nalini Patmanathnan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Najib memohon mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana milik SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. - The Vibes, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad