Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menyamar Pegawai Imigresen Sebelum Rogol, Samun 2 Wanita

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 11:46AM

Semakan mendapati suspek pertama mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk tiga rekod dikehendaki manakala rakannya mempunyai 13 rekod jenayah termasuk satu kes dikehendaki - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen (JIM) sebelum menyamun dua wanita dan merogol seorang daripadanya dalam kejadian berhampiran sebuah hospital swasta di Pandan Indah, Ampang.

Dalam kejadian pada jam 6.50 kelmarin, dua wanita warga Indonesia dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum ditahan dua lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek yang menaiki sebuah kereta Honda City kemudian membuat pemeriksaan terhadap pasport dan permit kerja kedua-dua mangsa sebelum mengarahkan mereka menaiki kereta terbabit.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dibawa ke satu kawasan di daerah Serdang dan ketika dalam perjalanan, suspek mengambil barang kemas dan wang tunai milik kedua-dua wanita terbabit.

“Seorang daripada mangsa kemudiannya diturunkan di tepi jalan dekat Serdang manakala rakannya dibawa ke sebuah hotel di Balakong sebelum dirogol.

“Mangsa yang dirogol ada membuat laporan polis dan kes itu kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 27 tahun itu hanya dirogol oleh seorang suspek sahaja.

Mohamad Farouk berkata, berdasarkan maklumat kira-kira jam 3 pagi tadi, polis dari IPD Ampang Jaya telah membuat serbuan di sebuah rumah teres dekat Taman Seri Asahan, Jasin, Melaka dan menahan dua lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes tersebut.

“Dalam serbuan berkenaan, polis merampas wang tunai, rantai leher, rantai tangan, kenderaan dan pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

“Semakan mendapati suspek pertama berusia 40 tahun mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk tiga rekod dikehendaki manakala rakannya berusia 35 tahun mempunyai 13 rekod jenayah termasuk satu kes dikehendaki,” katanya.

Ujarnya lagi, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan dijalankan terhadap mereka. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

Calon PH Tumpu Usaha Pujuk Pengundi KKB Keluar Mengundi

oleh Diyana Nawwar

Sukan 15 jam yang lalu

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC