web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Menteri Kabinet Wakili Pelbagai Kaum Dalam Bual Bicara Khas Rabu Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 9:36AM

Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri M. Saravanan dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum bakal  membincangkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022. 

Mereka ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2022, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Keempat-empat mereka yang mewakili Merdeka Kuartet akan menjadi tetamu khas dalam rancangan Merdeka65 yang akan disiarkan di saluran berita Astro Awani Rabu ini, jam 8.30 malam. 

Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan selaku Sekretariat Media dan Publisiti HKHM 2022 Datuk E. Sivabalan berkata perbincangan mereka dijangka berkisar kepada semangat Keluarga Malaysia dan prinsip Rukun Negara. 

“Fokus adalah mengenai pentingnya seluruh rakyat bersama berganding bahu meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi memastikan kebersamaan dalam semangat Keluarga Malaysia.

“Bersama-samalah kita semua tunggu mesej dan amanat menteri-menteri dan kami memohon kepada Keluarga Malaysia supaya sama-sama menonton rancangan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Sivabalan turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bermula 7 pagi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad