Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Status Tapak Warisan Dunia Berisiko Hilang? UNESCO Perjelas Isu Bukit St Paul

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 9:02AM

Tindakan kerajaan Melaka baru-baru ini menukar nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka mencetuskan perdebatan ramai mengenai kekurangan penglibatan masyarakat dalam keputusan membabitkan pelbagai komuniti di sesebuah bandar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adakah Melaka dan George Town berisiko kehilangan senarai Tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO)?

Pembangunan berlebihan, dasar kurang jelas, dan kekurangan penyertaan komuniti nampaknya mendorong ke arah itu.

Tindakan kerajaan Melaka baru-baru ini menukar nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka mencetuskan perdebatan ramai mengenai kekurangan penglibatan masyarakat dalam keputusan membabitkan pelbagai komuniti di sesebuah bandar.

Patung St Paul di atas Bukit St Paul, titik utama Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka - Gambar oleh Himanshu Bhatt
Patung St Paul di atas Bukit St Paul, titik utama Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka - Gambar oleh Himanshu Bhatt

Perdebatan itu bagaimanapun memasuki episod baharu dengan persoalan yang dibangkitkan mengenai kemungkinan Melaka dan George Town kehilangan status Tapak Warisan Dunia mereka.

Ini disebabkan kekurangan penyertaan masyarakat dalam keputusan yang menjejaskan ruang warisan budaya dalam tapak tersebut.

Kedua-duanya tercatat bersama dalam senarai WHS oleh UNESCO sebagai "Bandar Bersejarah Selat Melaka" pada Julai 2008.

Adakah pengabaian terhadap penglibatan dan penyertaan komuniti menjadi alasan untuk kehilangan penyenaraian tersebut?

Pemandangan kota Melaka dan Selat Melaka dari puncak Bukit St Paul - Gambar oleh Himanshu Bhatt
Pemandangan kota Melaka dan Selat Melaka dari puncak Bukit St Paul - Gambar oleh Himanshu Bhatt

Menjawab soalan dikemukakan The Vibes mengenai perkara ini, pejabat media UNESCO yang berpangkalan di Paris berkata, penyahsenaraian boleh berlaku apabila hartanah kehilangan ciri-ciri yang memerlukan inskripsinya dalam senarai WHS.

Dalam maklum balas e-mel, pejabat media UNESCO berkata, penyertaan masyarakat sememangnya satu jangkaan yang dipegang teguh dalam garis panduan operasi dan objektif strategik utama pertubuhan itu.

Pelancong luar dan dalam negara memanjat tangga menuju ke puncak Bukit St. Paul - Gambar oleh Azim Rahman
Pelancong luar dan dalam negara memanjat tangga menuju ke puncak Bukit St. Paul - Gambar oleh Azim Rahman

“Memandangkan semakin banyak bandar dan tapak warisan di kawasan bandar tercatat dalam senarai Tapak Warisan Dunia, penyertaan masyarakat secara semula jadi menjadi komponen penting dalam pengurusan senarai tersebut,” katanya.

Pada 2015, Perhimpunan Agung Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen Warisan Dunia 1972 menerima pakai cadangan dasar untuk mengintegrasikan Perspektif Pembangunan Mampan ke dalam Proses Konvensyen Warisan Dunia.

Tegas UNESCO, cadangan tersebut mengulangi peranan masyarakat tempatan dalam perkara itu.

“Memandangkan semakin banyak bandar dan tapak warisan di kawasan bandar tercatat dalam senarai Tapak Warisan Dunia, penyertaan masyarakat secara semula jadi menjadi komponen penting dalam pengurusan senarai tersebut,” katanya.

“Komuniti” atau penyertaan komuniti dalam pengurusan tapak ialah salah satu objektif strategik utamanya iaitu 5C: pemuliharaan, kredibiliti, pembinaan kapasiti, komunikasi dan komuniti, yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia untuk memudahkan pelaksanaan Konvensyen Warisan Dunia,” katanya.

Garis Panduan Operasi UNESCO (perenggan 26) untuk Pelaksanaan Konvensyen Warisan Dunia bercakap mengenai "meningkatkan peranan masyarakat dalam pelaksanaan Konvensyen Warisan Dunia" dan istilah "komuniti" boleh didapati dalam beberapa bahagian garis panduan operasi.

Gereja St Paul adalah struktur gereja tertua di Asia Tenggara. Gereja yang dibina pada tahun 1521 ini rosak teruk semasa pertempuran antara Belanda dan Portugis - Gambar oleh Azim Rahman
Gereja St Paul adalah struktur gereja tertua di Asia Tenggara. Gereja yang dibina pada tahun 1521 ini rosak teruk semasa pertempuran antara Belanda dan Portugis - Gambar oleh Azim Rahman

Adakah kerajaan Melaka melanggar prinsip yang mewajibkan penyenaraian senarai Tapak Warisan Dunia?

Tiada butiran khusus mengenai bukit di Melaka dalam data pencalonan untuk Melaka dan George Town tetapi terdapat makluman mengenai "runtuhan gereja di Bukit St Paul".

Data lebih tertumpu kepada rangkaian rumah kedai dan rumah bandar, selain keaslian dan integritinya.

Nilai Universal Luar Biasa (OUV) tapak tersebut, bagaimanapun secara meluas mengulangi bahawa kedua-dua bandar tersebut membuktikan warisan dan tradisi berbilang budaya yang hidup di Asia, di mana pelbagai agama dan budaya bertemu dan wujud bersama.

Sungai Melaka yang mengalir merentasi bandar Melaka juga menjadi tumpuan para pelancong yang melawat kota bersejarah ini - Gambar oleh Azim Rahman
Sungai Melaka yang mengalir merentasi bandar Melaka juga menjadi tumpuan para pelancong yang melawat kota bersejarah ini - Gambar oleh Azim Rahman

Sifat itu dicerminkan menerusi nama berbeza bukit tersebut dirujuk oleh masyarakat setempat.

Ini pada asasnya memerlukan warisan bersama pelbagai komuniti di kedua-dua bandar untuk diakui dan dipertahankan.

Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa dalam tempoh 50 tahun yang lalu, tiga tapak telah dinyahkeluar daripada senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Senarai terbaharu ialah Liverpool di England (Julai 2021) di mana pembangunan seperti projek Liverpool Waters dianggap membawa kepada "kemerosotan serius" OUV di kawasan itu dan menyebabkan "kerugian ketara terhadap keaslian dan integritinya".

Selain itu, santuari Arabian Oryx di Oman (2007), yang telah dikeluarkan daripada senarai berikutan pemburuan haram yang berleluasa dan degradasi habitat.

Turut dikeluarkan dari senarai iaitu Lembah Dresden Elbe di Jerman (2009) yang menyaksikan penduduk mengundi bahawa gelaran UNESCO tidak diperlukan selepas pembinaan jambatan untuk mengurangkan kesesakan trafik menyebabkan tapak itu diletakkan di bawah "senarai terancam" Tapak Warisan Dunia pada 2008. - The Vibes, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

oleh Diyana Nawwar

Semasa 3 jam yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Serangan Terkini Israel Ke Atas Rafah