web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Ambil, Seleweng Dana SRC’ - Najib Sumpah Laknat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 10:13PM

Najib (tengah, berbaju putih) menghadiri majlis sembahyang khas di Masjid Jamek di Kampung Baru hari ini dan mengangkat sumpah laknat untuk menafikan dakwaan mengenai dana SRC. - Gambar oleh A. Azim Idris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah laknat (sumpah balasan agama) bahawa beliau tidak mengetahui berhubung dana berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya datang daripada SRC International.

Menerusi pengakuan itu yang dilakukan Najib ketika sesi solat hajat khas di Masjid Jamek Kampung Baru malam ini, beliau bersumpah tidak pernah menerbitkan apa-apa dan tidak pernah bersetuju untuk mewujudkan SRC demi menggelapkan dana untuk tujuan peribadi atau keluarganya.

 

Segalanya ditentukan Allah SWT. Sabar. Ikhlas. Tawakkal.

Posted by Najib Razak on Sunday, August 21, 2022

“Sejak aku diberikan amanah memimpin Malaysia ini dan sehingga ke saat ini, pertama, aku tidak pernah pada bila-bila masa mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu datangnya daripada syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung.

“Aku tidak pernah menerbitkan atau setuju untuk wujudkan SRC bagi tujuan ‘menyeleweng’ apa-apa dana SRC, bagi tujuan peribadi ataupun kegunaan keluargaku,” sumpahnya.

Najib turut bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pengarah atau pegawai SRC untuk memasukkan atau membuat penyelewengan wang ke akaun peribadinya.

Selain itu, Najib berkata, beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dengan niat untuk memperoleh ‘keuntungan haram’ berjumlah RM42 juta.

“Sekiranya aku berdusta di atas sumpahku ini ya Allah, maka ya Allah, halal lah laknatmu ke atas diriku.

“Sebaiknya jika semua ini adalah fitnah yang telah dirancang oleh musuh politikku, maka ya Allah, aku memohon sesungguhnya padaMu agar Engkau laknatilah mereka serta orang yang bersubahat dan bersekongkol dengan mereka.

“Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon, aku bergantung serta aku berserah. Takbir,” katanya menerusi sumpah itu. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad