web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


92% Kes Tertunggak Bukan COVID-19 Berjaya Diselesaikan - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 4:58PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya menyelesaikan kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan di seluruh negara sebanyak 92 peratus setakat ini daripada jumlah 57,355 kes dilaporkan pada September 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kementerian kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata penyelesaian kes tertunggak itu disumbangkan oleh beberapa inisiatif KKM termasuk penyumberluaran pesakit hospital kerajaan ke hospital swasta.

“Sebab itu kita melakukan penyumberluaran (ke) hospital swasta. Kalau kita tengok hospital awam penuh (dan) hospital swasta kosong, jadi pesakit bukan COVID-19 kita hantar kepada hospital swasta.

“Alhamdulillah, setelah kita melaksanakan langkah tersebut, pada September dan Oktober (2021), keadaan semakin baik dan kes semakin menurun,” katanya pada Simposium Keluarga Malaysia bertajuk ‘Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan’, di sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan sejumlah 4,053 Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi telah berjaya ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) setakat minggu lepas.

Katanya, jumlah pelantikan itu merupakan urusan pengambilan jawatan tetap terbesar pernah dilaksanakan sejak 2016. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini