web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Wanita Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 12:08PM

Tujuh wanita warga asing dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia, diselamat polis menerusi satu serbuan di Bandar Botanik 2, dekat Klang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh wanita warga asing dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia, diselamat polis menerusi satu serbuan di Bandar Botanik 2, dekat Klang, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, tiga warga tempatan berusia 33 hingga 67 tahun yang dipercayai majikan kepada tujuh wanita terbabit turut ditahan.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan Bahagian D3 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang diketuai Ketua Penolong Pengarahnya, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Klang Selatan dan Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Klang.

“Sepanjang operasi itu, 15 lagi wanita warga asing ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hoong Fong, siasatan awal mendapati, kesemua mangsa berusia 30 hingga 43 tahun itu terdedah dengan eksploitasi kerja paksa di sebuah rumah di kawasan terbabit.

“Mangsa dijanjikan pekerjaan sebagai tukang cuci di syarikat sah dan mempunyai kontrak kerja serta permit kerja ketika berada di negara asal.

“Bagaimanapun apabila sampai ke negara ini, mangsa dipaksa bekerja sebagai tukang cuci harian yang dihantar daripada rumah ke rumah, pejabat, kilang dan tadika,” katanya.

Katanya lagi, kesemua mangsa juga diarahkan untuk tinggal serumah bersama majikan dan ahli keluarganya.

Beliau berkata, pergerakan mangsa dikawal kerana pasport dan telefon bimbit dipegang majikan, selain tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa kebenaran.

“Ketiga-tiga suspek warga tempatan iaitu majikan kini direman selama enam hari sehingga 25 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. - Getaran, 21 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad