Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pendakwaan Libatkan ‘Ikan Bilis’ Untuk Sembunyikan ‘Jerung Besar’ Dalam Skandal LCS - Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 10:42AM

Rafizi Ramli - Gambar tangkapan layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “Ikan bilis” yang didakwa atas penglibatan mereka dalam kontroversi kapal tempur pesisir (LCS) hanyalah taktik untuk menyembunyikan “jerung besar”, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Menyedari kerumitan di sebalik kelewatan projek bernilai RM9 bilion itu, beliau mendakwa individu daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mungkin memikirkan skim sedemikian.

“Setahu saya, pertuduhan akan datang melibatkan mantan pegawai tentera laut. (Skim ini) mungkin melebihi gred gaji mereka.

“(Isu LCS) adalah salah satu skim rasuah terbesar di dunia. Mereka (mantan pegawai TLDM) tidak memiliki pengalaman untuk melakukan perkara ini,” katanya semasa majlis pelancaran trak kempen Ayuh Malaysia di Wangsa Maju dekat sini, lewat malam tadi.  

Susulan itu, beliau berkata, penyusunan syarikat luar pesisir dalam pelbagai lapisan hanya boleh dilakukan ‘jerung’ yang berkuasa, bukannya "ikan bilis".

Tambahnya, isu LCS adalah perkara yang dekat di hati rakyat khususnya orang Melayu.

“Orang Melayu, malah mereka yang berada di luar bandar, faham bahawa wang telah diambil daripada pasukan tentera kita.”

"Bagaimana anda boleh mengharapkan tentera kita bersiap sedia untuk mempertahankan negara jika mereka tidak mempunyai kapal?" katanya kepada kira-kira 300 penyokong.

Sambil mendakwa keselamatan anggota tentera laut akan terancam akibat keadaan kapal yang tidak baik, beliau berkata, satu lagi pendedahan baharu akan dikeluarkan esok.

Beliau juga mendakwa RM1.7 bilion telah dibelanjakan untuk membeli peralatan yang tidak berkaitan dengan sektor pertahanan dengan harga terlalu tinggi.

Rafizi mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO, menggunakan isu LCS untuk menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin.

"Mereka hanya menyalahkan antara satu sama lain (mengenai isu LCS) manakala rakyat bimbang tentang negara kerana kita tidak mempunyai peralatan pertahanan yang mencukupi,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak dapat lari daripada peranannya dalam kontroversi itu kerana beliau pernah menjadi Menteri Kewangan semasa awal projek itu dilaksanakan.

“Sebarang keputusan oleh Kementerian Pertahanan mengenai perbelanjaan kerajaan mesti melalui beliau (Najib),” katanya.

Skandal tersebut menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Pada 16 Ogos lalu, mantan Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dana sebuah syarikat perkapalan.

Beliau dituduh meluluskan pembayaran berjumlah RM21.08 juta kepada tiga firma berbeza tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) semasa menerajui syarikat itu.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas ia dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Suzana Hussain. – The Vibes, 21 Ogos 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Berkuasa Penuh Dalam SRC - Bekas Pengarah

Semasa 7 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran