web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macau Scam: Warga Emas Kerugian Lebih RM1.34 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 7:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM1.34 juta akibat terpedaya dengan penipuan sindiket ‘Macau Scam’ selepas menerima panggilan kononnya dia terbabit dalam jenayah penipuan dan kegiatan haram, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supt. Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata ia bermula apabila pesara perkhidmatan awam berusia 74 tahun itu dihubungi anggota sindiket berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai pertugas perkhidmatan pos.

“ Dia mendakwa terdapat penghantaran kepada mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad juruwang automatik (ATM) dan buku cek milik individu lain, yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.

“Seterusnya, mangsa diarah untuk memberikan butiran perbankan termasuk akses dua perbankan dalam talian miliknya dengan alasan untuk diaudit, dan dia telah mengikut kesemua arahan kerana takut diambil 'tindakan'. 

"Selain itu, mangsa turut diarahkan untuk memindahkan wang simpanan dan bayaran tunai kepada kedua-dua akaun yang didedahkan (butirannya) itu, atas alasan yang sama," katanya.. 

Muhammad Aidil Roneh berkata pada Khamis lepas, mangsa telah membuat semakan terhadap kedua-dua akaun bank miliknya yang telah didedahkan kepada individu berkenaan, pada akhir Mei lalu. 

"Bagaimanapun, mangsa mendapati wang berjumlahRM1,342,459.70 telah dipindahkan kepada pihak lain tanpa pengetahuannya sebelum sedar dia ditipu dan kemudiannya membuat laporan polis, semalam. 

"Hasil siasatan awal polis mendapati nombor telefon untuk menghubungi mangsa pernah digunakan dan terbabit dengan beberapa kes lain yang dilaporkan, tahun ini, " katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad