web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Fokus Inisiatif Hadapi Cabaran Ekonomi Suram - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 7:11AM

Bajet 2023 juga akan mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan keadaan ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2023 yang dibentang Oktober ini akan menyentuh setiap segmen masyarakat dengan fokus mempersiapkan setiap daripada mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia yang dijangka lebih ‘suram’ tahun hadapan.

Perdana Menteri berkata ketika ini proses libat urus bagi penyediaan bajet sedang berlangsung dan akan melibatkan banyak pihak.

“Kita akan jumpa semua termasuk pembangkang. Semua kita akan jumpa, persatuan, komuniti perniagaan, peladang, penternak, semua sekali. Perundingan bajet akan diadakan minggu depan,” katanya dalam temu bual Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia bersama Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Hari ini genap setahun Ismail Sabri menerajui kerajaan Keluarga Malaysia. 

Pada 15 Ogos, Ismail Sabri berkata Bajet 2023 antara lain akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia. Ia juga akan mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan keadaan ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini. 

Julai lepas, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva berkata IMF menjangka keadaan ekonomi global akan terus sukar pada 2022 dan 2023 dengan risiko kemelesetan semakin meningkat.

Menurut IMF, keseluruhan prospek disifatkan sebagai "amat tidak menentu," dan kadar inflasi akan meningkat tinggi yang menyebabkan bank-bank pusat ekonomi utama melaksanakan dasar monetari lebih ketat. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata beliau yakin pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat nanti akan mendapat sokongan penuh pembangkang kerana ia merupakan satu daripada intipati yang ditandatangani kedua-dua pihak dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

“Bajet, dari segi MoU dia (pembangkang) mesti sokong kita. Proses yang sama seperti bajet tahun lepas, dia akan sokong sebab itu dari segi MoU, kecuali kalau pilihan raya sebelum Bajet,” katanya.

MoU berkenaan yang ditandatangani September tahun lepas bertujuan membawa kestabilan dan dimensi baharu politik negara. Tiada tarikh tamat ditetapkan dan kedua-dua pihak setuju bekerjasama dan sokongan akan diberi kepada perdana menteri sehingga Parlimen dibubarkan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad