web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan ‘Cop’ Pelajar Sekolah Ada NPD Selagi Tidak Berumur 18 Tahun - MMHA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah berasrama berprestij mengalami masalah psikologi iaitu gangguan personaliti narsis disangkal Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA).

Presidennya, Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj menegaskan, seseorang tidak boleh didiagnos secara rasmi dengan gangguan NPD kecuali dia telah berusia melebihi 18 tahun.

Menurut beliau, ini disebabkan paras umur tersebut merupakan tahap personaliti atau keperibadian seseorang berkembang atau menjadi matang sepenuhnya.

“Namun, tanda-tanda gangguan personaliti biasanya muncul pada akhir tahun remaja dan awal dewasa. Justeru, (jika) di waktu remaja, boleh dikatakan seseorang itu ada menunjukan ciri-ciri nassisme tetapi bukan memenuhi ciri-ciri gangguan NPD sepenuhnya.

“Ini kerana kita tidak tahu gambaran personaliti yang akan muncul kemudian sebagai individu dewasa. Punca sebenar NPD (masih) tidak diketahui,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun Dr Andrew menegaskan, gangguan tersebut mungkin disebabkan berlakunya kejadian tidak diingini sehingga menyebabkan trauma seperti penderaan seksual atau fizikal ketika individu terbabit kanak-kanak.

 Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj
Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj

“Hubungan awal dengan ibu bapa, rakan dan saudara mara yang tidak begitu mesra dan genetik iaitu sejarah keluarga mempunyai kondisi sama mungkin penyebab mereka mengalami NPD,” katanya.

Baru-baru ini, kes gangsterisme melibatkan seorang pelajar perempuan di sekolah berasrama berprestij tular di media sosial, apabila ibu remaja itu bertindak mendedahkan kes dialami anaknya.

Wanita berkenaan mendakwa, kejadian tersebut gagal ditangani dengan baik oleh pengurusan sekolah, walaupun terdapat bukti anaknya dibuli secara fizikal.

Kes terbabit mencetuskan perdebatan hangat, apatah lagi selepas pihak polis sendiri mengeluarkan kenyataan tidak mengesan sebarang unsur gengsterisme pada semua insiden dilaporkan.

Beberapa hari lalu, seorang pengguna dikenali sebagai Naqib Martinie di platform media sosial sama menegaskan pelajar perempuan terbabit adalah seorang psikopat.

Majoriti netizen turut senada dengan Naqib sehingga ada yang memaklumkan bahawa mangsa mempunyai gejala kecelaruan personaliti apabila mendakwa segala perbuatan buli itu adalah lakonan sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu turut mengesahkan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berkenaan dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut Dr Andrew menegaskan, gejala NPD perlu dipandang serius oleh pelbagai pihak kerana ia merupakan satu daripada 10 gangguan personaliti yang telah diklasifikasikan.

Jelasnya, individu yang mengalami gangguan keperibadian narsis sering dilihat sebagai terlalu mementingkan diri sendiri, memiliki perasaan ‘hebat diri’ yang berlebihan dan wujud pemikiran berterusan untuk menjadi lebih berjaya, berkuasa, pintar atau disayangi sepenuhnya berbanding orang lain.

“Mereka memiliki perasaan keunggulan dan keinginan untuk hanya bergaul dengan orang berstatus tinggi. Mereka juga rasa berhak untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik tanpa bekerja keras demi mencapai matlamat.

“Mereka sering memanipulasi orang lain bagi mencapai matlamat tanpa mengambil kira perasaan dan keperluan orang lain. Mereka juga sering menonjolkan perwatakan atau sikap sombong hingga sukar untuk bergaul dengan orang lain dan menjejaskan hubungan dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja,” katanya.

Jelas Dr Andrew, ada teori mengatakan bahawa NPD adalah kondisi apabila seseorang mempunyai rasa penting diri sangat tinggi sebagai ‘mekanisme pertahanan’ untuk digunakan bagi mengatasi harga diri yang rendah atau rapuh.

Bagi menangani keadaan ini katanya, kaunseling jangka masa panjang merupakan rawatan utama yang mampu membantu pesakit mendapat lebih gambaran terhadap permasalahan dihadapinya.

“Seorang profesional kesihatan mental seperti ahli psikologi atau pakar psikiatri (psikoterapi) boleh menentukan sama ada pesakit mempunyai simptom utama NPD.

“Pesakit boleh mempelajari perubahan untuk mereka berhubung dengan orang lain secara lebih positif dan bermanfaat, membina harga diri lebih sihat serta mempunyai jangkaan lebih realistik terhadap individu sekeliling,” katanya.

Tanpa rawatan, menurut beliau, pesakit boleh cenderung terhadap penyalahgunaan dadah atau alkohol dan lebih membimbangkan, kemurungan serius yang mampu membawa kepada perbuatan bunuh diri.

“Ada kalanya pakar psikiatri akan mengesyorkan ubat psikotropik untuk merawat gejala seperti kebimbangan dan kemurungan yang juga dikenal pasti sebagai ciri-ciri sampingan NPD,” katanya.

Dr Andrew menegaskan, ibu bapa perlu melakukan perbincangan dengan pakar kesihatan mental sekiranya anak mereka mempunyai gejala atau risiko lebih tinggi disebabkan keturunan untuk mengalami NPD.

“Tetapi keturunan hanyalah satu daripada gabungan faktor yang membawa kepada NPD.

“Orang lain mungkin melihat mereka hanya mengambil berat tentang kehendak dan keperluan atau memerlukan pujian melampau tetapi di dalam, mereka mungkin berasa kurang yakin diri serta kosong.

“Kesediaan untuk berubah adalah penting. Dengan kaunseling, mereka boleh mula mengubah corak pemikiran, mengubah tingkah laku yang negatif.

“Perubahan tersebut boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka supaya lebih diterima oleh keluarga, kawan dan rakan sekerja,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad