web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Guna Isu LCS Sebagai Bahan Politik PRU-15 - Nur Jazlan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 8:16PM

Nur Jazlan berkata laporan perolehan LCS oleh PAC tidak menyebut berlakunya 'money trail' atau pun rasuah. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) didakwa menggunakan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) sebagai bahan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dalam laporan perolehan LCS setebal 169 muka surat oleh PAC, tiada disebut berlakunya 'money trail' atau pun rasuah, sama ada antara Perdana Menteri atau mantan menteri-menteri pertahanan. 

"Jadi celah mana dalam laporan PAC itu yang pemimpin PH kata orang UMNO songlap duit?" soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed

Nur Jazlan yang juga mantan Ahli Parlimen Pulai berkata, apa yang didedahkan dalam laporan PAC itu adalah punca kelewatan disebabkan isu keseragaman atau pengurusan antara kontraktor utama, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), iaitu anak syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sub kontraktor di Perancis serta Jerman. 

Laporan PAC itu juga jelasnya, mendedahkan bahawa 15 peratus daripada stok bernilai RM1.7 bilion berada dalam keadaan usang namun tidak diperincikan secara jelas, apakah komponen berkenaan. 

"Sepatutnya PAC perlu nyatakan secara terperinci mana stok yang usang dan tak usang. Tak bolehlah main pukul sama rata saja. Kecualilah memang ada niat untuk dijadikan bahan politik PRU-15.

"Malah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTAT, Ahmad Nazim Abdul Rahman juga sudah jelaskan, pembinaan enam kapal itu dibuat secara serentak dan stok pula dibeli secara pukal kerana lebih murah, jadi bila Menteri Pertahanan masa zaman Kerajaan PH ambil tindakan untuk bekukan projek (hampir 3 tahun) untuk buat audit forensik maka stok itu terbiar. Kerana itu memang ada lah sesetengah komponen seperti TV LCD menjadi lapuk," katanya.

Nur Jazlan turut mendakwa, terdapat pemimpin PH yang tidak memahami aspek terma dalam kontrak tetapi ingin bercakap seperti seorang pakar. 

Katanya, pemimpin terbabit mempersoal dan menuduh BNS sebagai kroni terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan faktor itu menyebabkan syarikat di bawah LTAT berkenaan tidak dikenakan tindakan denda lewat atau ganti rugi tertentu yang ditetapkan (LAD). 

"Biar saya terangkan sikit, LAD hanya boleh dikenakan jika projek gagal siap melebihi tempoh kontrak disebabkan oleh kelemahan kontraktor. Tapi dalam isu LCS ini kerana ada arahan daripada kerajaan untuk bekukan projek, sepatutnya kontraktor ada hak untuk dapat tambahan masa dan juga pampasan. 

"Yang peliknya PAC tak ada sebut pun pasal perkara ini dalam laporan mereka. Jadi tak ada isu pun kerajaan masa itu cuba nak lindungi kroni macam pembangkang dakwa," katanya. - Getaran, 18 Ogos 2022



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad