web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Pegang Banyak Jawatan Untuk Lakukan Jenayah Dalam SRC - TPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 6:46PM

Najib Razak - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini diberitahu bahawa semua tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd adalah bagi mencapai hasrat peribadi beliau untuk mendapat perolehan secara salah bagi dirinya, dan kerugian secara salah kepada syarikat itu.

Pendakwa ad hoc, Datuk V.Sithambaram berhujah bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan perayu (Najib) bertindak bagi melindungi atau memelihara kepentingan SRC, sebagaimana yang dipertanggungjawabkan kepadanya secara undang-undang.

“Najib adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan juga penasihat emeritus syarikat itu. Ia ketara dan jelas bahawa dia menggunakan semua kedudukannya itu bagi mendapatkan perolehan kewangan menerusi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Hasrat perayu melakukan jenayah dilaksanakan dengan cara dia memegang pelbagai jawatan berbeza.

“Apa yang dirancang oleh perayu terhadap wang berbilion yang dibekukan di Swiss bank, tiada siapa yang tahu. Ia adalah ‘mens rea’ (niat) perayu melaksanakan hasrat jenayah dalam pelbagai kedudukannya, yang membolehkan perayu melakukan tujuh kesalahan sebagaimana dakwaan keatasnya,” katanya pada pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

 V.Sithambaram
V.Sithambaram

Beliau berkata sememangnya niat tunggal perayu adalah untuk melakukan jenayah dalam pelbagai peranan yang dimainkan olehnya dalam pentadbiran negara, dan dalam SRC.

Sithambaram berkata gabungan pelbagai peranan yang dimainkan Najib membolehkan dia melaksanakan rancangannya untuk mendapat manfaat daripada dana SRC, apabila dia meletakkan dirinya dalam kedudukan yang menyaksikan lembaga pengarah (BoD) SRC bertindak atas arahannya, dan bukannya sebagai pengarah bebas.

“Walaupun undang-undang menghendaki BOD SRC sentiasa bertindak demi kepentingan terbaik SRC, ia sebenarnya bertindak (tanpa disedari) demi kepentingan terbaik perayu.

“Pinjaman RM4 bilion KWAP kepada SRC telah hilang, sementara hutang masih dibayar oleh kerajaan daripada dana awam. Ia sesuatu yang luar biasa apabila syarikat yang baru ditubuhkan (SRC) diberi pinjaman yang begitu besar.

“Kelulusan pinjaman dilakukan dengan sangat pantas, dan ia diluluskan kabinet yang dipengerusikan oleh Najib pada ketika itu,” katanya di hadapan panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. 

Anak-anak Najib iaitu Ashman dan Nooryana Najwa turut hadir di mahkamah hari ini.
Anak-anak Najib iaitu Ashman dan Nooryana Najwa turut hadir di mahkamah hari ini.

Lain-lain hakim dalam panel itu terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Peguam itu seterusnya berkata sejumlah RM50 juta dipindahkan keluar daripada SRC kepa anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan lhsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dalam dua transaksi berasingan, yakni RM40 juta pada Disember 2014 dan seterusnya RM10 juta pada Februari 2015.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM42 juta dipindahkan ke akaun Najib dalam tiga transaksi yakni RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Prosiding rayuan itu bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad