web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lembaran Baharu Hubungan Malaysia-Indonesia Di Bawah Kerajaan Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 3:33PM

Ismail Sabri (kiri) dan Joko Widodo. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Penganalisis dan media di Indonesia serta diplomat Malaysia melihat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai berhemah dan pragmatik dalam memperkukuh hubungan ekonomi, sosial dan budaya antara kedua-dua negara itu.

Malah, hasil usaha beliau dilihat memberangsangkan walaupun dalam tempoh singkat kurang setahun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-9.

Usaha membuka lembaran baru dalam hubungan dua negara serumpun itu bermula dengan lawatan sulung beliau ke Jakarta pada 10 November 2021, untuk bertemu Presiden Joko Widodo.  

"Kita lihat hubungan dua negara, seumpama adik beradik, sedang dikendalikan dengan baik oleh PM Ismail Sabri dan hubungan antara masyarakat kedua-dua negara saat ini masih terkawal," kata pakar komunikasi dan politik, Hendri Satrio akan hubungan diplomatik dua negara itu yang menjangkau 65 tahun pada tahun ini.

Sentimen negatif timbul seketika apabila Indonesia menghentikan kemasukan pekerja warganegaranya ke Malaysia pada Julai dan Malaysia menyatakan masih mempunyai 15 negara sumber buruh yang lain, namun akhirnya dapat diselesaikan dengan baik, katanya.

Dengan semua masalah diatasi, pensyarah Universiti Paramadina di Jakarta Selatan itu merasakan, "Indonesia mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan Malaysia saat ini.”

Hendri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi Ismail Sabri sejak mengambil alih kepimpinan Malaysia pada 20 Ogos lepas di tengah-tengah lonjakan wabak COVID-19.

Asro Kamal Rokan - Gambar Bernama
Asro Kamal Rokan - Gambar Bernama

Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia, Asro Kamal Rokan berkata Perdana Menteri Malaysia itu sentiasa memperlihatkan komitmen untuk memperkuat hubungan dua negara.

Di sisi lain, beliau berkata kekuatan menjaga keharmonian politik di Malaysia merupakan salah satu keunggulan Ismail Sabri dan pemimpin yang berpegang pada janji.

"Dilantik sebagai PM tahun lalu di saat kondisi politik tidak stabil. Selama tiga tahun, tiga kali PM berganti. Kini, hampir setahun kepemimpinan Ismail Sabri, situasi politik relatif stabil, tanpa gejolak," jelasnya.

Menurut Asro, Perdana Menteri yang sangat faham akan peranan media massa menyuarakan tekad untuk menjayakan Hari Wartawan Malaysia (HAWANA) kedua semasa pertemuan dengan 17 ketua pengarang media utama Indonesia tahun lalu. 

"Janji itu dipenuhi PM Ismail Sabri di Melaka pada 29 Mei 2022," katanya.

Sehari setelah itu, Asro bersama 15 pemimpin redaksi media Indonesia dan pengurusan ISWAMI diundang Perdana Menteri ke Putrajaya yang disusuli makan tengahari dan dijamu dengan "diplomasi durian".

Adlan Mohd Shaffieq - Gambar Bernama
Adlan Mohd Shaffieq - Gambar Bernama

Sementara itu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq berkata dua kali lawatan ke Indonesia dalam tempoh empat bulan membawa hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu.

Di bawah kepimpinan Ismail Sabri, memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) yang lama tertangguh ditandatangani.

“PM melawat kilang produk ketenteraan Indonesia, PT Pindad di Bandung tahun lepas dan mendorong kerjasama pertahanan, hasilnya MoU pertahanan termeterai minggu lepas,” kata Adlan.

Kini, kerjasama Malaysia-Indonesia berkembang sama ada dalam sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan menangani naratif negatif terhadap minyak sawit.

"Hubungan yang baik antara kedua membolehkan banyak syarikat Malaysia berjaya menembusi pasaran Indonesia dan juga syarikat-syarikat Indonesia ke Malaysia," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad