web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebenaran Eksport Ayam Dipertimbang Jika Bekalan Domestik Tidak Terjejas - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 8:00PM

Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pada masa sama, isu membabitkan pemberian subsidi kepada penternak bagi membolehkan ayam standard dijual pada harga siling runcit RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia juga perlu diperhalusi.

“Jadi isunya kita tidak boleh tangani hanya soal eksport, kita kena tangani juga soal selama mana subsidi itu nak dikekalkan.

“Kalau kita tiba-tiba terus membenarkan eksport dan pada masa yang sama ditamatkan subsidi maka harga ayam akan melambung sekali lagi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid bahawa Kabinet akan memuktamad keputusan hari ini sama ada membenarkan semula penternak mengeksport ayam atau sebaliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata Kabinet ada membincangkan isu kebenaran mengeksport ayam dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengemukakan beberapa syor.

Beliau berkata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 70 juta ekor sebulan atau kira-kira 2.2 juta ekor sehari dan walaupun dikatakan bekalan melebihi keperluan ketika ini iaitu kira-kira 3.5 juta ekor namun kerajaan hanya akan membenarkan eksport jika ia tidak menjejaskan keperluan domestik.

“Demi untuk menjaga kepentingan rakyat kerana ayam sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan asas bagi semua keluarga, kerajaan akan hanya buat keputusan selepas semua perkara diteliti dan satu kaedah akan diperkenal kalau sekiranya nanti ayam hendak dieksport.

“Jadi jawatankuasa jihad akan lihat pekara ini dan nantinya bila dah ada satu pendekatan, barulah mungkin Kementerian Pertanian dan Industri Makanan boleh membawa semula kepada Jemaah Menteri untuk diputuskan,” katanya.

Annuar juga berkata Pasukan Jihad Tangani Inflasi telah mengarahkan Jabatan Perangkaan untuk membuat kajian bagi menetapkan kos sebenar ayam di peringkat ladang.

Beliau berkata kaedah itu sama seperti yang dilakukan untuk menetapkan harga siling minyak masak tulen kemasan botol dan kerajaan telah mengambil kira harga komoditi sawit dari pelbagai sudut sebelum menetapkan harga munasabah yang perlu dibayar oleh rakyat.

“Sepertimana yang kita lakukan untuk minyak masak, apabila harga CPO (minyak sawit mentah) berada pada tahap tertentu kita boleh kira berapa harga yang adil yang harus pembeli-pembeli runcit membelinya, dengan kita meletakkan satu paras harga maksimum.

“Dengan cara demikian, harga minyak yang dibeli oleh rakyat kita dapat pastikan ia rendah dan tidak berlaku pencatutan yang menyusahkan orang ramai,” katanya. - Bernama

TAG: annuar musa, pasukan jihad tangani Inflasi, ayam, eksport

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad