web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Secara Prinsip Setuju Laporan Audit LCS Didedahkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 5:24PM

Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) - Gambar FB Hishammuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bagaimanapun, katanya ia akan dibuat selepas perbincangan antara Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak berkepentingan lain diadakan bagi membincangkan mekanisme pendedahan kerana terdapat isu sensitif yang tidak boleh didedahkan secara umum.

Wan Junaidi pada sidang media selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini berkata beliau berpendirian perkara sensitif yang melibatkan soal sekuriti tidak wajar didedahkan.

“Secara prinsip, Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat. Saya berpendirian benda sensitif, soal sekuriti patutnya tidak boleh didedahkan,” katanya amalan tersebut dipraktikkan di Amerika Syarikat dan England iaitu isu sensitif tidak akan didedahkan kepada umum bagi tujuan keselamatan. 

Sebelum ini, Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan, namun proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

Wan Junaidi juga tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu LCS.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tadi (semasa mesyuarat Kabinet) ada sebut satu lagi (mengenai RCI LCS). Jadi maknanya belum tertutup lagi soalan itu (RCI LCS), walaupun dianggap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah buat yang terbaik,” katanya.

Hishammuddin ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu LCS di Dewan Negara semalam berkata beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri usul RCI LCS untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri hari ini.

Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.

Wan Junaidi berkata SPRM masih perlu mengemas kini kertas siasatan berkaitan kes LCS sebelum dikembalikan ke Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan bagi membolehkan individu lain pula mungkin bakal didakwa.

“Bagaimanapun tadi ada bincang dalam Kabinet dan keputusan Kabinet adalah terbuka. Siasatan SPRM diteruskan dan Kabinet menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak akan melindungi sesiapa pun dalam isu LCS,” katanya.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 dan mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad