Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pesuruhjaya Kehakiman Baharu Dengar Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda Batal Saman 1MDB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 3:17PM

Arul Kanda - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran US$6.59 bilion, akan didengar oleh pesuruhjaya kehakiman (JC) yang baharu di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan ketika dihubungi hari ini selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Azlinda Ahmad Sharif.

Menurut peguam itu, permohonan berkenaan akan didengar di hadapan JC Roz Mawar Rozain bagi menggantikan Hakim Datuk Amarjeet Singh yang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini.

"Tarikh pendengaran permohonan yang ditetapkan sebelum ini pada 19 Oktober dikekalkan dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 27 September," kata Lavinia.

Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda pada Jun lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.

Dalam permohonan itu, Mohd Irwan antaranya mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak kukuh memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak US$1.83 bilion dan US$3.5 bilion.

Arul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei tahun lepas berhubung dakwaan mereka telah melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.

1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan itu melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang 1MDB berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan US$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.

Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.

Sehubungan itu, 1MDB antaranya menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

2

Semasa 1 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahkamah Benarkan Rayuan MIA, Kembalikan Aduan Tony Pua Terhadap Juruaudit 1MDB

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 15 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Beri Kerjasama Dalam Siasatan Jambatan Runtuh Di AS